Background

Sunday, November 18, 2012

i'm sorry but i don't like you..

heyho~
cekom..
first of all aq bukan benci nak pi sekolah ye..
ingat x lagi kat pak cik yang cakap this n that about chef?
well, sejak aritu dy x pernah senyap n keep on talking about it...
serius dowh aq rasa cam nak jerit jek kat tepi telinga dy yang 'Aq benci dengar kau bercakap pasal diri aq yang memang xde kena mengena dengan hidup kau n thanks la sebab dah buat ibu aq berfikiran cam kau..harap kau puas hati...btw, aq ucapkan tahniah sebab telah berjaya buat aq gagal dalam misi X NAK MEMBENCI ORANG bukan la xde orang yang aq x suka tapi aq berusaha untuk x benci diorang tapi orang tua tu aq memang dah x  boleh nak buat apa dah...
mana xnye setiap kali aq jumpa dy, mesti dy akan membebel pasal benda tu dan bukannya sekali lak tu....
apa dy x nampak ke yang aq x suka? dy x nampak ke cara aq layan [aq tau memang x baik] dy endah x endah tu? dy x nampak ke camne aq lari setiap kali dy bangkitkan isu tu?!

aq tau dy banyak tolong keluarga aq dan aq menghargainya sangat2..
it just...i can't help it...
kekadang aq rasa bersalah gak n aq try x nak bencikan dy tapi tiba2 dy muncul n that thing keep going...

if that pak cik happen to read this though it kinda impossible but only if..
i hope that you can stop 'it' n maybe we can have that father n daughter relationship...[well, maybe]
please don't hate my family bcuz of me...hate me, kay?
lastly, thanks for everything n sorry for this..

adios~

Saturday, October 27, 2012

abis exam akhir tahun, spm lak...

cekom..
memula aq nak ucapkan selamat hari raya aidiladha to my family, friends and to all human out there [that are muslim]..
giler dah lama aq x update blog walaupon dah boleh..
bukan apa..keyboard lappy tu rosak la..aq paling x suka type pakai yg on screen tu..[lagi2 nak kene type pepanjang]
lagipon aq tengah busy sekarang nie dengan exam akhir taun x lama lepas tu spm lak..
haih..bila la aq nak bebas nie?

belom abis exam lagi tapi aq dah dapat agak result aq camne nanti...[memang mati la..]
fizik memang dah xde harapan dah nak dapat A sebab aq lagi banyak tembak dari buat betol2..
belajar malam tu jugak..camne nak masuk kapla?[sape suruh study last minute..?]
dapat paper,kapla otak aq teros blank kot...[ayoyo~]
minggu depan ; Isnin peksa bio, Selasa lak kimia n last, Rabu peksa addmath...
aduilahai...

dah la sampai sini jek la kali nie..
aq nak sambung belajar..
nanti2 bila aq rajin, aq datang sini lagi ye..
adios~

ps : aq dapat dua kaktus baru semalam...yg empat tu dah mati dah..[sebab aq tanam dy dengan cara yg salah]

Friday, August 24, 2012

today...

yo!!
selamat hari raya yg kelima!
hari nie aq menghadapi masalah..
so this is my stories~~

kisah 1:
aq pi POPULAR [ala, kedai buku tu..kalau xtau...cian] aq jumpa 2 buku yg nampak cam best jek..
buku A merupakan buku bersiri n buku B lak merupakan buku himpunan cerita2 pendek so aq xtau nak pilih yg mana..
bila tanya ibu, iu pon cakap dengan penuh sarkastiknya,'pilihla yg mana kau nak!'
adoi mak aq nie..x membantu betul..
so aq buat keputusan untuk pilih buku yg paling mahal antara dua buku tu which is buku B..
moral of the story : don't judge a book by it's price

kisah 2:
tadi kami anak beranak masak kek coklat..
kemain la lama tunggu kek tu masak [almaklumla..pakai oven lama yg telahpon wujud sebelum aq lahir lagi] then pabila aq keluarkan dy dari oven...MAKDATUK!! huduh sungguh!
permukaan kek tu pecah2 so ibu kata x payah buat topping lagipon bukan nak buat jual nak makan sendiri..
dan pabila aq rasa jek kek tu...pergh! sedap dowh! mana xnya kek segera la katakan cuma tinggal nak bancuh n bakar jek..
MOTS : don't judge a cake by it's rupa/look/figure(?) [sori la saya x pandai bahasa omputih]

kisah 3:
tadi aq ditinggalkan seorang diri dirumah untuk mengawasi kek yg lambat bebenor nak masak tu n i was starving..
kumain la aq merayap ke setiap pelosok rumah untuk mencari makanan..
then angah balik pastu dy bukak lagu bapak punya kuat n menari bagai nak giler..
lepastu aq x ingat camne tapi yg pasti aq cakap aq lapar n dy kata,'atas dapur tu bukan sos spaghetti?'
n i was like what da?!!
rupa2nye aq x cari makanan kat atas dapur gas!!!! [rasa cam nak nangis jek time tu]
MOTS : kalau lapar, tempat pertama untuk dituju ialah meja makan dan dapur gas!

The end.
Adios~

Saturday, August 18, 2012

Raya~~

heyyhoo!!!
such a longggg time and now i'm back!!!
well, mula2 SELAMAT HARI RAYA aq ucapkan kepada semua..
kepada family tersayang, kengkawan terutamanya ice7arz dan mereka2 yg rapat dengan aq, n sesapa yg baca nie..aq menyusun sepuloh jari diatas kesilapan aq, tingkah laku aq yg x menyenangkan, kata2 aq yg mengguris hati korg bak ditusuk sembilu [cewahh~]

now aq nak citer pasal persiapan raya aq..
well, sebenarnya rancang buat kuih raya tapi ibu malas! beli pon x nak mak aq tu!!
namun begitu, aq akan pastikan besok aq akan makan biskut cornflake!! peduli apa aq kalau kena makan kat rumah org aq x kisah janji dapat so berhati2 la pada sesiapa kat rumah dy ada biskut tu...! [huahahaha!!]
sebenarnya baju raya aq, ibu n along x beli lagi..adik2 aq dah n angah beli semalam dengan pakwe dy... [cedih kan...?]
jap lagi baru nak beli sebab kalau beli last minute, murah siot!! tahun lepas 50 hinggit dapat dua pasang baju kurung kot...
memang la ia menguntungkan kita sebagai pembeli tapi kesian pulak aq kat penjual2 tu... [well, this is life..]
n semalam kakak2 aq beli lampu liplap2 tu..[aq xtau apa nama dy yg sebenar n itulah yg family aq panggil]
jadi keje buang duit beli menatang tu baik belikan aq biskut corflake [aq mmg gilerkan biskut nie..]
seperti tahun2 sebelum nie aq beraya kat rumah kakak aq n kat sini ramai yg dah balik kampung [mmg la raya balik kampung, aq jek yg raya balik bandar..] so sunyi la kat sini [xde maknanye sunyi] n rumah kitorg jek asyik memekak macam kena rasuk dengan toyol..[kejap..toyol rasuk org ke?]

aq rasa cukup la sampai sini..
dah cukup panjang dah..
buhbye~~

Friday, June 8, 2012

lupa la..

hey!!
last post kan aq ada buat sedikit summary n aq terlupa nak mention pasal HARI IBU!
teruk kan aq nie..?
aq x dapat nak bagi hadiah kat ibu sebab xde duit la..[wa x kaya macam lu olang]
waktu kelas Sivik dan Kewarganegaraan [cewah..full tu..] cikgu suruh buat kad sempena Hari Ibu so aq pon kasi la ibu kad yang aq buat tu..
it saved time and money..
mungkin korang rasa cam aq nie ntah apa2 ntah tapi sebenarnya kekadang benda yang simple n handmade cenggini la sweet tau..
ibu even melelehkan air mata beliau apabila menerima kad daripada tiga daripada lima orang anaknya [well, itu jek anak yang tinggal dengan dia]
oh ya..sekarang aq ada memelihara pokok kaktus!!
dah lama aq nak baru sekarang aq dapat [hehe..aq x bawa la buku yang aq tulis tarikh sebenar aq dapat kaktus tu..] n time aq dapat tu dia baru nak berbunga [bermaksud bunga tu belum mekar lagi] tapi besoknya bunga tu kuncup n mati...[adoi..]
n hari selasa lepas aq beli lagi satu!
hehe...

Wednesday, June 6, 2012

heyho!!!

assalamualaikum!!
yuhuu..
rindu kat saya? or should i say remember me??
rindu nak menaip n share cerita2 yang entah pape kat sini tapi dah xde tenet kat rumah dan aq sangat malas nak pi cc so here i am after three months missing..
disebabkan aq dah lama x update cerita n apa yang telah berlaku kat aq so aq akan membuat summary tentangnya tanpa mengikut urutan dan mengikut apa yang aq ingat..

okey, aq ter-rela-masuk debat bi n ianya menyeronokkan kecuali part berlakunya pertandingan debat tu sebab aq giler punya mengigil n suara cam dah lost control kejap kuat kejap perlahan...
tpi yang paling best ialah selepas abis pertandingan!!
hehe..Teacher Azazurah belanja kitorang makan KFC!!
whenever it come to eat i just love it!!
pastu entah camne aq boleh termasuk debat bm lak..
semua sebab cikgu buat muka innocent dengan senyuman yang aq x boleh nak tolak..[sigh]
lepas kami kelas 4A kena buat persembahan untuk minggu bi dimana kitorang kena menyanyi lagu berbahasa inggeris depan warga Rahmat..
kitorang nyanyi lagu For The Rest of My Life n Pizza In His Pocket..
n lepas tu teacher belanja makan pizza..!
kenyang den..

16 April, birthday Miera n kitorang sambut kat pantai sebab hari tu cuti..
kitorang berpiknik, main game...
lepas tu mandi pantai kecuali aq n Aina..
n yang menyeronokkan lagi hati aq adalah sebab seseorang ada kat situ jugak..
aq x boleh stop senyum bila aq nampak dia..[hehe..]
ok stop..

lepas tu aq x ingat....
n 2 minggu sebelum cuti, aq telah pun jatuh sakit n menambahkan sakit aq bila ianya minggu peperiksaan so aq x tau apa yang aq jawab n aq dapat rasa mesti K.O lebih2 lagi Kimia sebab aq memang x larat n kapla aq pening giler n banyak gilerla soalan aq x jawab so aq rasa mesti gagal...
abis la aq...
ok la sampai sini jek..[dah azan nie..]
nanti aq sambung..
Adios~~

Wednesday, March 14, 2012

lama nye x blogging!!


yo!!
long time no see!!
gila lama aq x berceloteh kat sini..
sebabnya, lappy kesayangan aq rosak la..
lepas aq wat entry paling last aq tu, aq tutup lappy sebab nak pi main badminton n malam tu aq nak kongsi la sikit pasal aq main badminton tapi memang malang x berbau betol la..
lappy aq x dapat nak diidopkan lak..
huhu..
merana aq...
dah sebulan aq x berkongsi cerita aq yang ntah pape kat sini..
rindu nak menaip..

disebabkan sekarang nie bebudak sekolah cuti seminggu, aq sekarang berada di DD!!
ketemu kakak2ku yang sudah lama berjauhan di mata namun dekat dihati..[ayat novel aq pakai tu..]
dan disini aq dapat guna internet yang x terhad bukan cam kat Melaka tu...
huhu...gembiranya hatiku ini~
hahahaha...
walaupon aq sampai sini ari isnin tapi baru arini aq kasitau member2 aq yang aq ada kat sini..
sengal kan..
tu pon aq kasi tau dalam fb jek..
sori la..saya xde kredit la wak..
jap lagi aq plan nak call Zie [pakai phone rumah] boleh la lepak dengan dy..
harap2 dy x pi mana2..harap2...

kalau aq rajin nanti aq cerita pasal kem kepimpinan yang aq n geng aq join Jumaat lepas [9-11 Mac]..kalau aq rajin la yek...
kuikuikui..
Adios~