Background

Wednesday, April 9, 2014

X sabar nak sambung belajar

Seriously
Kalau dulu x sabar2 nak habiskan form 5 nak buang buku cepat2 tapi sekarang terbalik pula..x sabar nak belajar balik..nak pecahkan kepala otak berfikir..nak stress sebab kerja x siap buat last minute
Tapi aq x dapat sebarang tawaran lagi..sedih kot
Aq cuba x berfikiran negatif..yet the thoughts of me not getting any offer are disturbing..annoying
Oh ya aq x share pun aq dapat berapa kan spm..huhu..aq dapat 4,3,2 jek
Alhamdulillah xde yg gagal
Rasa menyesal tu tetap ada tapi past is past so we have to look forward..discover our future
Aq masih lagi seorang krew McD..dan aq rasa seronok kerja walaupun kebanyakkan yg sebaya dengan aq dah berhenti..tinggal 2-3 kerat jek..ish3

Macam2 sebenarnya aq nak cerita..pasal cherating la, melaka la tapi banyak yg aq dah lupa
Atoi
Menyesal x share awal2
Haha
Adios

Thursday, February 27, 2014

Along punya penangan

Dah 3 hari berturut-turut aq tengok wayang
Semuanya sebab along
Bukan x suka malah rasa beruntung sangat dapat akak yang camni
Kelmarin tengok Sejoli..best gilak wa cakap lu
Layan habis
Semalam tengok Robocop.....lagi ==" [dah dua kali de..haiyo]
Dan tadi kitorang tengok cerita Nonstop..best!
Hahaha
Pastu pi makan steamboat..nak meletup perut aq dibuatnya
Mana taknya pi dua orang tapi order cam sekampung nak makan [hoho..nampak sangat kehiperbolaan aq disitu]
Cerita dia memang x habis la kan...adoi
Tula..Nabi pesan makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang xnak dengar kan dah membazir...ish3 amalan syaitan yang diikutnya
Jadi wahai rakan, jangan tiru aksi ini..beringat la ketika berbelanja ya...[ececeh..]

Oh ya
Akhirnya aq telah dapat menunaikan hajat dihati untuk membeli sweater..huhu
Sudah lama dicari tapi tidak ketemuan [cari la sangat] jumpa juga kelmarin...
Sweater kosong berwarna hitam yang berhood
Along juga telah belanja saya kasut..terima kasih along~
Sayang along sangat-sangat!!

Nanti nak pi bercuti lak..adoi..banyak betul plan along
Apa-apa jelah long..alang ikut jek

Ps : aq tengah bahagia dalam gementar nie...hari keputusan SPM keluar nak dekat dah..ayoyo

Friday, February 14, 2014

Suka suki

Assalamualaikum..
Weee~~~
Kita balik Melaka..huhu
Dapat jumpa ibu..jumpa geng dekat dihati biar sampai mati..
Lama x jumpa diorang kot..nak dekat 2 bulan lebih
X puas lepak dgn diorang mana xnya satu hari jek..
Xpe bulan 3 nie aq cuti lama..balas dendam..lepak kaw kaw
Pergi balik rempit...sakit tulang belakang aq..[sampai tertido tido aq atas moto nasib baik x tergolek]
Best kot balik tiba2..haha..ibu xtau pun
Abis kerja pukul 3 pagi terus gerak balik Melaka..gila betul Along aq tu
Sampai Melaka dalam pukul 6..sampai2 terus ketuk pintu macam orang gila [nasib baik x tercabut pintu] masa tu ibu tengah siap2 nak berniaga..huhu..terkejut beliau
Bising juga la..aq malas nak layan so aq pun tukar baju kerja terus tido...[malas nak mandi]
Yang lagi best aq pi terjah Aina dengan Eza...ahaks...
Lepak rumah aq pastu beralih ke rumah Aina..
Kebas mulut aq..asyik gelak jek
Tapi serius kot aq dah lama x gelak camtu...

Saturday, November 30, 2013

School is over

Assalamualaikum..
Akhirnya penderitaan aq tamat!! Yahoo~ [walaupun dah habis lama]
Malas dah nak fikir pasal spm..tunggu bulan 3 nanti...

Okey, sekarang aq nak cerita pasal kehidupan aq selepas sekolah
I'm currently working at Mc D Kepong
Serius cakap aq gila punya nervous nak kerja kot..asal nak pergi kerja jek tangan aq sejuk..[wa cakap lu]
Lepas seminggu lebih baru aq ok..tup tup along aq cuti..dah kena pergi kerja sorang2..nervous datang balik..[adoyai..]
Sekarang aq betul2 ok..alhamdulillah..
Disebabkan aq orang baru dan aq x kenal sesiapa pun selain along, semua orang aq panggil akak abang..dulu aq kumain liat nak panggil orang abang sekarang siapa jek yang aq x panggil abang...budak2 sebaya, bawah aq x la aq panggil abang..[gilakah..]

Dan entah camne aq boleh tersangkut dengan salah sorang mamat dekat sana pun x tau la...
I don't want to brag about him a lot because most of blogs I read the one that always brag about theirs when they broke up, they would delete all the articles of oh-my-handsome-angle-like Mr Perfect...[duhh..] lepas tu buat cerita sedih then jumpa orang baru start to brag again and it would go all the way around..again and again..and again...[lantak korang la..blog korang hidup korang]
Lagipun aq kenal dia baru sebulan jadi kita pergi perlahan-lahan

Oh ya..aq nak cerita pasal date aq dengan sayang2 aq..
Kitorang pergi Melaka..huhu
Makan, tengok wayang cerita Penanggal, beli buku, buat cincin, makan, balik...
Ada la sikit kesulitan tapi overall memang best!!
Snap banyak gila gambar..pakai phone Jasmin..hehe
Time balik..aq tangkap sendu..mana xnya hari ni keluar esok aq pergi DD...
Meleleh aq..sedih bila fikir aq yang datang dekat diorang masa tingkatan 1 dan aq juga yang tinggalkan diorang lepas habis spm..

Friday, April 26, 2013

Tiny Bit of Me #6

aq x tau apa bakat aq..aq x reti menari, melukis, suara x sedap..
apakah bakat aq?? anyone?

Tuesday, April 23, 2013

busy April

assalamuaikum

16/4 - Amiera
tanggal 16 bulan 4 merupakan tarikh Nur Amiera dilahirkan
sori sayang aq x dapat kasi hadiah..
bukan x nak kasi mungkin lambat sikit..
Mie, disebabkan kau dah tua jadi hentikanlah cubitan ketam kau tu..ia semakin hari semakin berbisa..hehe..
walaupun kita berlainan kelas tapi ketahuilah bahawa dirimu sentiasa ada dalam hati, jantung, buah pinggang dan turus vertebrata aq ini wahai sahabatku~
apa2 pun aq sentiasa doakan kau berjaya mencapai cita2 kau lebih2 lagi impian kau untuk berkahwin dengan askar [suka bebenor kamu ye dengan mat botak] dan semoga kau dapat 9A+++ dalam spm - go go Add Math!!

Debat & ALAM
bulan nie merupakan bulan yang sibuk bagi aq
I was so busy with debate..
nak siapkan teks untuk 3 tajuk yang menyebabkan aq ponteng [dengan alasan] kelas tambahan dan x masuk kelas dari pagi sampai petang selama dua hari [17 dan 18/4]..
aq juga x dapat pergi Kem Kursus Kepimpinan dekat ALAM
tsk..tsk...aq pun nak belajar berenang, berkayak..
dah la aq sorang jek yang x pergi
Eza, Iena, Aina, Miera, Jasmin, semua pergi..
bila diorang bercerita sesama diorang, aq rasa tersingkir
x faham aq dengan cerita diorang tapi yang pasti masing2 ada 'abang' [stress aq..hehe..jeles sebenarnya..]
bukan aq x korang bercerita cuma agak x faham sebab tiada penerangan yang terperinci tapi don't worry guys aq akan cuba sedaya upaya memahaminya..

untuk pertandingan debat, ia telah berlangsung 18/4 hari tu..
dan..sekolah kitorang x dapat masuk pusingan ke2 pun..
aq sebagai first speaker rasa bertanggungjawab diatas kekalahan kitorang
target nak masuk final tapi lain yang jadi..
teacher cakap its okay menyebabkan aq rasa lagi bersalah
dah la teacher banyak berkorban : balik lambat, belanja kitorang makan, hantar aq balik [rumah dah la jauh]
haih..apa boleh buat benda dah jadi..
aq harap tahun depan budak2 lelaki tu dapatla melunaskan harapan Teacher Aza..
good luck guys!!
dan terima kasih ku ucapkan kepada teacher diatas segala tunjuk ajar dan pengorbanan yang beliau lakukan untuk kami, budak Rahmat..
akan ku kenang jasamu wahai guruku!

Kursus Anjuran SMK Kem Terendak
sebenarnya aq x ingat apa nama program nie tu yang letak nama penganjur..
ia berlangsung pada 20 dan 21 April bertempat di d'Village Resort dan disertai oleh berbuah2 sekolah..
kat sana kitorang diajar teknik menjawab keempat2 subjek sains tulen yang membunuh..
satu subjek 4 jam..gila kot..tersengguk2 aq dibuatnya..
walaupun macam tu, aq dapat juga sesuatu biarpun tertidur2, bercakap masa add math sampai kena marah..[maafkan kami~]

aq juga telah berjumpa dengan Azani!!
kau tahu..Azani!!!!
sahabat aq yang pindah ke Melaka masa darjah 5 [hujung tahun] dan aq x pernah jumpa dia lagi..baru 20-21 hari tu aq dapat jumpa dia..
Zie dapat juga jumpa dia beberapa kali..hmm..Fatiha, aq x pasti..
sori beb..aq bukan lupakan kau cuma x pasti..hehe..sayang kamu~~
aq x perasan pun Azani ada..
masa nak pergi makan lepas habis slot pertama tiba2 ada orang pegang aq jerit 'Qila!' pastu kitorang dua2 menjerit..hehehe...
macam percaya kot tapi sayang hanya 2 hari..
hmm..kira okla daripada x jumpa..
Zan, aq harap kita akan jumpa lagi, borak2 macam dulu2..aq, kau, Zie, Fatiha..

kesimpulan yang aq dapat dalam program nie adalah :
jangan jadi macam lalat yang langgar sliding door banyak kali sampai pengsan yang kemudiannya dimakan oleh semut..
kalau nak sesuatu yang luar biasa kita kena buat perkara luar biasa..
[kata2 pengetua SMK Kem Terendak]

Adios~