Background

Wednesday, July 30, 2014

SELAMAT HARI RAYA~~

assalamualaikum wbt

pejam celik pejam celik dah masuk hari raya ketiga pun
rasa baru semalam jek aq habis spm..hahaha [auta lebih]
raya nie aq x rasa semeriah tahun2 dulu
ada banyak faktor
antaranya sebab tahun nie aq xde baju raya T-T
kejadahnya semua ini!! hari raya tapi xde baju raya?!! OMG!!
haihh...xpe la..nak buat macam mana..plannya nak ibu jahitkan baju raya tapi ibu x sihat jadi terbengkalailah baju raya kami
along lak xnak belikan [abang dengan adik jek ada baju]
dan disebabkan kat matrik setiap hari pakai baju kurung so xla terkilan sangat xde baju raya

pada tanggal 2 Syawal dalam pukul 1 pagi..aq telah pun bercerai...perghh
bukan sebab mencurangi mahupun dicurangi..kitorang berpisah cara baik
aq tau aq xberapa nak bercerita pasal dia kat sini
cukup la korang tau yang dia seorang yang baik dan memahami [xboleh puji lebih2 karang lain jadinya] dan tipu la kalau aq cakap aq x sayang dia..kan..
tapi apa boleh buat..
aq cuma nak berterima kasih kat dia sebab sudi sayang aq yang gila nie, sudi dengar rungutan aq yang entah apa2 nie [tangan kena pisau sikit pun nak ngadu..gedik lebih], x tidur sebab teman aq buat assignment walaupun bukan kat depan mata dan macam2 lagi
TERIMA KASIH!
sila la cari perempuan yang lebih baik
i don't deserve you
[sori la aq berjiwang kat sini..bukan buang tabiat tapi izinkan aq coretkan sedikit luahan hati aq kat sini..kalau ada yang rasa meluat ke nak termuntah ke janganlah baca ya nak tutup terus pun xpe]

orait enough with the drama
dah nak UPS dah nie..belajarnya tidak2 lagi..assignment x sentuh lagi..adoii
last but not least, aq mohon ampun atas segala salah silap aq, bahasa2 kasar, kata yang menusuk kalbu korang..i'm sorry [tunduk 180 darjah..huhu]
selamat hari raya everybody
disamping kita bergembira jangan lupa selitkan doa dalam solat kita untuk saudara2 kita di Palestine
with that i thank you
adios!

Wednesday, July 16, 2014

I KMS STUDENT


Assalamuaikum w.b.t

Salam sudah diberi
Baru molek nak story

Ececeh..berpantun2 lak kita
Pergh..lama gila x menggila kat sini
Niat nak aktif kat sini lepas spm x kesampaian
Apalah masalah aq..nak cakap xde masa, berlambak jek masa aq yg terbuang
Mungkin seru x nak datang kot [eceh..ayat nak cover sedangkan malas]

Aq dah sebulan lebih menjadi pelajar KMS
Dashyat x..hehe..aq pun macam x percaya jek dah jadi budak matrik..PST lak tu..perghh!! Sakit woo..
Tapi aq dah pilih jalan nie so we go with the flow~
Jangan nak banyak songeh..susah memang la susah, x dinafikan aq pun merungut juga tapi bagi aq belajar kat mana2 pun susah x kira la U ke IPG ke Matrik ke apa ke..
If you want something go for it, work it out..jangan tahu nak merungut jek..memang x bergerak la kau der
Alamak bertazkirah lak aq kat sini..huhu..aq nie hiperbola jek lebih..cakap x serupa bikin..maaf la ya
Bak kata orang kampung aq, cakap senang buatnya tidak
Ok berhenti.

Orait
Aq sebenarnya nak cerita serba sedikit pasal kehidupan aq kat kemes nie
Almaklumla aq nie xpernah duduk asrama jadi memang seram sejuk la aq mula2 nak masuk sini
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar
Budak bilik aq pun agak sekepala dengan aq
Sorang orang Pahang, Hajar namanya..tapi dipanggil Jujaa
Sorang lagi orang Kedah, Aaina tapi aq panggil dia gegirl
Dan aq lak diorang panggil boboy...duhh
Aq kumain berkeperempuanan, ayu, lemah lembut lagi comei..xpatut2 [x faham aq dengan diorang nie]
Aq pun dah mula ngam dengan classmates aq..diorang dah tahu dah kebecokan mulut aq lagi2 masa nak minta duit..haha..i'm a treasurer [kaching2~~]

Setakat nie xde la masalah global yang melanda aq
Belajar laju sangat tu memang la..nama pun fast track student kan...redha jelah
Oh ya..aq dah tau camne nak balik Damai naik transport awam..
First time balik [awal puasa hari tu] aq balik dengan member tapi kitorang pisah dalam bas..balik kitorang jumpa kat Klang
Minggu lepas lak aq balik kemes sorang2..gila kan..seram memang seram la tapi dah terpaksa..awak terima jek
But overall best la..aq rasa aq dah besar..haha..bangga jap
Pengalaman beb

Adios everybody..

Ps : salam nuzul al Quran [maaf ler lewat sehari]

Wednesday, April 9, 2014

X sabar nak sambung belajar

Seriously
Kalau dulu x sabar2 nak habiskan form 5 nak buang buku cepat2 tapi sekarang terbalik pula..x sabar nak belajar balik..nak pecahkan kepala otak berfikir..nak stress sebab kerja x siap buat last minute
Tapi aq x dapat sebarang tawaran lagi..sedih kot
Aq cuba x berfikiran negatif..yet the thoughts of me not getting any offer are disturbing..annoying
Oh ya aq x share pun aq dapat berapa kan spm..huhu..aq dapat 4,3,2 jek
Alhamdulillah xde yg gagal
Rasa menyesal tu tetap ada tapi past is past so we have to look forward..discover our future
Aq masih lagi seorang krew McD..dan aq rasa seronok kerja walaupun kebanyakkan yg sebaya dengan aq dah berhenti..tinggal 2-3 kerat jek..ish3

Macam2 sebenarnya aq nak cerita..pasal cherating la, melaka la tapi banyak yg aq dah lupa
Atoi
Menyesal x share awal2
Haha
Adios

Thursday, February 27, 2014

Along punya penangan

Dah 3 hari berturut-turut aq tengok wayang
Semuanya sebab along
Bukan x suka malah rasa beruntung sangat dapat akak yang camni
Kelmarin tengok Sejoli..best gilak wa cakap lu
Layan habis
Semalam tengok Robocop.....lagi ==" [dah dua kali de..haiyo]
Dan tadi kitorang tengok cerita Nonstop..best!
Hahaha
Pastu pi makan steamboat..nak meletup perut aq dibuatnya
Mana taknya pi dua orang tapi order cam sekampung nak makan [hoho..nampak sangat kehiperbolaan aq disitu]
Cerita dia memang x habis la kan...adoi
Tula..Nabi pesan makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang xnak dengar kan dah membazir...ish3 amalan syaitan yang diikutnya
Jadi wahai rakan, jangan tiru aksi ini..beringat la ketika berbelanja ya...[ececeh..]

Oh ya
Akhirnya aq telah dapat menunaikan hajat dihati untuk membeli sweater..huhu
Sudah lama dicari tapi tidak ketemuan [cari la sangat] jumpa juga kelmarin...
Sweater kosong berwarna hitam yang berhood
Along juga telah belanja saya kasut..terima kasih along~
Sayang along sangat-sangat!!

Nanti nak pi bercuti lak..adoi..banyak betul plan along
Apa-apa jelah long..alang ikut jek

Ps : aq tengah bahagia dalam gementar nie...hari keputusan SPM keluar nak dekat dah..ayoyo

Friday, February 14, 2014

Suka suki

Assalamualaikum..
Weee~~~
Kita balik Melaka..huhu
Dapat jumpa ibu..jumpa geng dekat dihati biar sampai mati..
Lama x jumpa diorang kot..nak dekat 2 bulan lebih
X puas lepak dgn diorang mana xnya satu hari jek..
Xpe bulan 3 nie aq cuti lama..balas dendam..lepak kaw kaw
Pergi balik rempit...sakit tulang belakang aq..[sampai tertido tido aq atas moto nasib baik x tergolek]
Best kot balik tiba2..haha..ibu xtau pun
Abis kerja pukul 3 pagi terus gerak balik Melaka..gila betul Along aq tu
Sampai Melaka dalam pukul 6..sampai2 terus ketuk pintu macam orang gila [nasib baik x tercabut pintu] masa tu ibu tengah siap2 nak berniaga..huhu..terkejut beliau
Bising juga la..aq malas nak layan so aq pun tukar baju kerja terus tido...[malas nak mandi]
Yang lagi best aq pi terjah Aina dengan Eza...ahaks...
Lepak rumah aq pastu beralih ke rumah Aina..
Kebas mulut aq..asyik gelak jek
Tapi serius kot aq dah lama x gelak camtu...

Saturday, November 30, 2013

School is over

Assalamualaikum..
Akhirnya penderitaan aq tamat!! Yahoo~ [walaupun dah habis lama]
Malas dah nak fikir pasal spm..tunggu bulan 3 nanti...

Okey, sekarang aq nak cerita pasal kehidupan aq selepas sekolah
I'm currently working at Mc D Kepong
Serius cakap aq gila punya nervous nak kerja kot..asal nak pergi kerja jek tangan aq sejuk..[wa cakap lu]
Lepas seminggu lebih baru aq ok..tup tup along aq cuti..dah kena pergi kerja sorang2..nervous datang balik..[adoyai..]
Sekarang aq betul2 ok..alhamdulillah..
Disebabkan aq orang baru dan aq x kenal sesiapa pun selain along, semua orang aq panggil akak abang..dulu aq kumain liat nak panggil orang abang sekarang siapa jek yang aq x panggil abang...budak2 sebaya, bawah aq x la aq panggil abang..[gilakah..]

Dan entah camne aq boleh tersangkut dengan salah sorang mamat dekat sana pun x tau la...
I don't want to brag about him a lot because most of blogs I read the one that always brag about theirs when they broke up, they would delete all the articles of oh-my-handsome-angle-like Mr Perfect...[duhh..] lepas tu buat cerita sedih then jumpa orang baru start to brag again and it would go all the way around..again and again..and again...[lantak korang la..blog korang hidup korang]
Lagipun aq kenal dia baru sebulan jadi kita pergi perlahan-lahan

Oh ya..aq nak cerita pasal date aq dengan sayang2 aq..
Kitorang pergi Melaka..huhu
Makan, tengok wayang cerita Penanggal, beli buku, buat cincin, makan, balik...
Ada la sikit kesulitan tapi overall memang best!!
Snap banyak gila gambar..pakai phone Jasmin..hehe
Time balik..aq tangkap sendu..mana xnya hari ni keluar esok aq pergi DD...
Meleleh aq..sedih bila fikir aq yang datang dekat diorang masa tingkatan 1 dan aq juga yang tinggalkan diorang lepas habis spm..

Friday, April 26, 2013

Tiny Bit of Me #6

aq x tau apa bakat aq..aq x reti menari, melukis, suara x sedap..
apakah bakat aq?? anyone?