Background

Friday, December 23, 2011

today is the day


hoho...
korang mesti tau apa yang dah jadi arini kan kan kan...
hari yang aq tunggu2 dah tiba..
result pmr dah keluar!!
yahooo!!!
nak tau aq dapat berapa?
drum roll please~
saya Nuraqilah Najiha telah pon mendapat apa yang aq target!!
applause everybody!
haha..
aq bukan nak sombong k...just nie first time aq dapat begitu banyak A...[bangga jap]
bukan apa walaupon aq target 8A tpi aq x yakin langsung yang aq akan dapat..
sekolah aq 12 orang dapat 8A n semua budak kelas aq..
memang gempak la..
yang buat aq lagi happy ialah bila kitorang ice7arz berjaya mendapat keputusan yang baik walaupon selalu buat bising dalam kelas, selalu kena marah dengan cikgu n bebudak kelas..
Aina, Jasmin, Eza dapat sama macam aq manakala Iena dapat 5A n Miera dapat 4A..
even Iena dengan Miera x dapat straight A tapi aq bangga dengan diorang sebab diorang ada peningkatan yang ketara..[good job guys!]
n kawan2 aq kat sekolah lama [smkdd] pon hebat! [rindu kat korang]

kegembiraan aq bertambah lagi bila dapat buat ibu gembira sampai menanges begitu jugak along, angah, mak long, pak busu, jiran aq n sedara aq yang lain [x tau la siapa]...
dan bertambah lagi bila aq dapat gaji tadi..[masyuk]
x sia2 aq berpening kepala melayan karenah anak murid aq tu..

after all, arini aq amat gembira n i'm waiting for my rewards..[sorang pon x kasi lagi nie]
n to all yang dapat result yang x seperti yang korang nak, chill ok? nie cuma pmr laa.. spm lagi penting so x payah nak sedih2..[smile k]
last word..
sayang famili aq!
sayang geng aq!
sayang bebudak kelas n kawan2 aq!
sayang korang jugak!

Adios~

Wednesday, December 21, 2011

result pmr nak keluar!!


yo~
ok, macam yang kita semua tau..result pmr akan keluar 22/12 bersamaan dengan hari Khamis nie..
perasaan aq sekarang nie 70% excited, x sabar nak dapat result n 30% takut..
dan aq pasti bila tiba hari itu [which is the day after tomorrow] i will be like 99.99% nervous..
aq x berapa nak yakin yang aq akan capai target aq [straight A's] sebab kertas kh aq buat memain [x belajar sangat] n bm aq tahun nie x pernah dapat A.. [teruk kan? n aq x la pandai sangat]
xpe la kalau x dapat tpi aq harap x la kurang daripada trial aq..

hmm..
korang nak tau x kenapa aq x berapa nak takut [buat masa sekarang] nak amik result?
hehe..
sebab ibu x desak aq untuk dapat 8A..huhu..
ibu kata aq dah berusaha so apa yang dapat tu menunjukkan sama ada aq belajar ke tidak n she'll accept what ever my result will be..
but still..aq dapat rasakan ugutan ibu..[ayat yang bergaris tu menunjukan ugutan..]
along n angah pon x desak aq..
pengetua jek yang asyik mendesak kitorang [bebudak 3RK]

tahun depan dah masuk form 4..
dapat ke aq catch up?
n dengan keadaan fizikal aq yang pendek n gemuk nie boleh ke aq dipandang sebagai budak menengah atas?
ohoho...mati aq..

dah la aq nak tenangkan fikiran..
Adios amigos!

Friday, December 16, 2011

sakit hati yang berganda

mood : sakit hati n bengang so no ice cream..

biarla aq citer dulu yek..
seperti biasa aq mengajar bebudak tu pada pukul 2 petang sampai pukul 4 bermula semalam..kalau x satu jam jek..
well, budak2 mana nak duduk diam selama dua jam.. tpi bukan tu yang buat aq sakit hati..
macam dalam lagi 20 minit nak abis tu diorang mula gaduh sebab diorang berlumba siapa yang berjaya siapkan kerja dulu..
si abang punya pensel dipatahkan [mata pensel la] oleh si adik n kat situ la diorang start...
si abang suruh tunggu dy sementara dy pi asah pensel tu tpi si adik lak paksa aq mulakan dulu...
disebabkan si adik dah mula bising so aq mulakan dy dulu n bila si abang datang, dy lak yang buat bising..
dan di saat itulah mereka mula saling kacau mengacau..[dy conteng buku dy, dy padam jawapan dy..]
dengan ibu yang tengah pening kepala lagi..
ya Allah..serabut otak aq..

disebabkan si adik mula dulu so dy la yang siap dulu..
then aq suruh la dy kemas barang2 dy yang bersepah tu n si abang yang sakit hati nie lak sepahkan balik barang yang adik dy dah susun...
dengan otak n hati yang sakit nie, cepat2 aq suruh dy abiskan kerja dy yang hanya tinggal dua soalan..
dalam perjalanan diorang balik rumah yang rumahnya hanya selang satu rumah dari rumah aq, diorang gaduh lagi sampai aq terdengar si adik menanges..[macam2 hal la budak2 nie..]

lepas tu hati aq sakit lagi dengan perangai adik2 aq yang x reti dengar cakap tu..
Daniel, aq suruh dy masuk rumah dy boleh cakap dy x nak!!
well, aq tau la kau dah boleh berjalan tpi ko belom baik sepenuhnya..[aq sunatkan kau buat kali kedua kang!]
menyusahkan betol la!!
Ellyn lak aq suruh dy pi kedai sebab ibu nak suruh beli barang, dy x nak...
bertambah2 sakit hati aq nie!!

sekarang dah agak reda baru aq luahkan kat sini..
hehe..so adios~

Tuesday, December 13, 2011

dah selamat sunat..


assalamualaikum! selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia!
apa khabar semua??

adik aq telah pon selamat sunat..
ibu kata masa kena potong tu dy x nanges tpi bila dah masuk kereta dy start meraung sebab bius dah abis..
aq x boleh ikut sebab ibu kata kalau aq tengok nanti lambat baik dan aq pon cakap la
'itu semua syirik! khurafat tu!!'
lepas tu x pasal2 aq kena kepala aq kena ketuk..
ish..ish..ish...x patut betol!
salah ke apa aq cakap?

apa2 jelah...
aq ingat masa nie la aq nak balas dendam kat adik aq tu tpi bila tengok dy menanges sebab tahan sakit x sampai hati pulak..
terpaksa la aq bertukar menjadi seorang kakak yang baik..
baik betol aq nie..
dan sekarang nie dy dah ok tpi kadang2 dy akan rasa sakit...[biasala kan]
seksa jugak nak jaga orang baru sunat nie yek..

ok la..
bye~

Sunday, December 11, 2011

saya pandai masak roti canai!!


yo!
tadikan aq masak roti canai..
hebat x aq?
itulah kali pertama aq masak roti canai n aq ulang lagi sekali..
aq MASAK roti canai yang ini :


tpi bukan jenama nie..

hehe.. bangga aq..
tpi rasa dy x macam roti canai yang selalu kita makan kat kedai mamak tu..[x fresh la..]
dan xde kuah dal mahupon kari untuk dicicah sebab ibu x buat n lagipon kitorang x plan pon nak makan roti canai memalam nie..
so, abang cakap cicah dengan susu sedap...n i was like 'what?!! roti canai dengan susu?!' [bukan susu tepung or susu Anlene just susu krimer manis yang dalam tin tu]
memula tu was-was la jugak aq nak makan tpi x sangka apa yang abang cakap tu betol..![sungguh tidak ku sangka]
sedap makan panas2..

hah..lupa nak cakap yang besok, abang nak sunat!
yang kelakarnya, abang x takut malah dy lagi suka tpi ibu yang takut..[pelik betol mak aq tu]
yelah..ibu mana ada pengalaman sebab abang tu la satu2nya anak lelaki dy lagi empat tu semua perempuan..[including me]
xpe kita tunggu jek besok apa yang akan berlaku..
n kepada sesiapa yang masih x tau, aq xde abang just ada sorang adik lelaki yang aq panggil abang..

tu jek..
Adios!

Friday, December 9, 2011

lama x jumpa!


hey!
what up..
ok, aq nak citer pasal semalam..
aq, Aina, Jasmin, Iena, Miera, Eza n Nata lepak kat MT jek..
mungkin korang akan cakap cam nie : 'ala..pergi MT jek? apa kelas?!'
suka ati korang la nak cakap apa tpi bagi aq x kira la kat mana pon asalkan aq jumpa kawan2 aq..[pekan kuala pon jdi]
lagipon kitorang keluar bukannya untuk berseronok tpi nak beli barang..
sepatutnya kitorang keluar hari Isnin tpi aq dah ikut ibu so aq minta postpone..[nasib baik dapat..]
lepas beli hadiah untuk umi saya dan Jasmin, kitorang berjalan kaki pergi ke FS sebab ada barang sikit nak beli..
then, makan kat KFC..
giler punya riuh KFC tu dengan suara kitorang nie..
dan kat situ la kitorang me-snap gambar bebanyak! [lepas rindu~]
gambar2 tu semua kat Aina n Nata [pakai phone diorang]
so x dapat la aq nak share..

oh ya..
semalam jugak aq ada amik gambar dua orang anak murid aq tu..

Hasif yang nakal n x dapat dikawal

Aqilah yang manja sampai adik aq pon jeles..

adik beradik yang banyak bertanya

comei kan?
tu jek kot..
bye!

Wednesday, December 7, 2011

my UNfun holiday


yo!!
baru balik dari PD..
kenapa yek jalan dari PD ke Melaka bengkang-bengkok?
sampai jek rumah aq teros masuk jamban [muntah]..
aq benci muntah! sakit giler tekak, kerongkong, mulut, dll..

boring giler kot...
xde benda nak buat kat situ n selama dua hari tu aq dalam keadaan yang kurang sihat..
dalam perjalanan, aq sakit perot [tulah makan mempelam banyak2 lagi..] sampai la ke malam..
waktu malam tu jugak aq demam tanpa sebab dan besok paginya [a.k.a pagi tadi] dah sihat..
pastu..dalam pukul 1-2 petang [ke tengah hari?] kitorang pi seremban lak sebab nak beli baju sekolah [awal sangat ke aq beli?] dan dalam perjalanan balik tu kepala aq pening tambah lagi dengan jalan raya dy..
nasib baik aq x muntah dalam kereta...

and now i'm at my home sweet home again~ [my second home la..]
start teaching again tomorrow n esok jugak aq akan pi jumpa geng aq including Nata!!
so akan ada lagi la entry dari aq...
hihihi...

Monday, December 5, 2011

saya tak suka benda pahit!


yo!
sebelum aq bercerita dengan lebih lanjut, biarla aq kasi tau yang aq nie sangat la x suka benda2 yang pahit..
aq x suka makan ubat pil dan aq x minum kopi..[dan apa2 yang sama waktu dengannya]

okey, semalam ibu ada beli 2 kotak kopi n aq xde la amik peduli..
pagi tadi, ibu cakap aq patut try minum kopi tu tpi aq cakap la aq x nak..
dan disebabkan ibu tau yang aq sekarang nie cuba nak menguruskan badan [cewahh!! tpi melantak bagai nak giler camne nak kurus..] dy pon cakap la yang kopi tu boleh bakar lemak n buang segala toksik dalam badan [lebih kurang cam kopi diet la] dan aq pon terpengaruh..
sebenarnya selama aq hidup, aq x pernah minum kopi satu cawan..paling tidak pon 1-2 teguk jek..dan disebabkan perasaan ingin cuba, aq pon bancuh la..
mula2 aq minum, punya la pahit so aq tambah la gula..dan kopi tu dah jadi manis at the same time pahit..[pelik giler rasa dy]
awal2 tu aq minum ok la tpi bila dah sampai setengah cawan, aq start muak n rasa nak muntah..
aq nak buang tpi pikir balik..membazir pulak so aq memaksa diri aq minum sampai habis!
dalam nak menghabiskan tu kumain seksa lagi..walaupon nak muntah, aq tahan jugak..
selesai habiskan, tetiba kepala aq jadi pening..cepat2 aq pi kat ibu..
so aq pon mengadu la [saja nak manja sikit] n ibu dengan penuh berkeyakinannya cakap 'ibu x pernah jumpa orang pening sebab minum kopi' lepas tu dy bantai gelak..[bukan nak kesiankan anak dy nie]

ntah apa nak jadi kat aq nie..
x pasal2 boleh pening sebab...minum kopi?
mungkin sebab aq baru pertama kali habiskan secawan kopi kot..
korang pernah ke pening sebab minum kopi?
ish..ish..ish..
peliknya aq nie..

kehkehkeh...
Adios~

Sunday, December 4, 2011

first time


ellow!!
how ya doing??
orait.. aq nak cerita tentang apa yang aq buat tadi dan sebenarnya benda yang aq nak citer nie amat la x sesuai nak letak pic aiskrim, tu yang aq letak title 'first time' aje..
dan title sebenarnya ialah 'first time tembak cicak guna getah' or better known as melastik cicak..[betol ke?]
mesti korang pernah cuba/buat tpi siapa yang x pernah tu [macam aq] memang la patut cuba..
mana tau korang ada bakat terpendam dalam melastik cicak nie..

citer dy camni.. tengah aq pikir apa nak buat untuk meluang masa aq daripada terbuang sebab tidur, aq pandang la kat siling n seperti kebiasaannya di siling ada lampu pendaflour [betol ke aq eja?] dan disitu ada pulak seekor cicak..
aq pandang dy..dy pandang aq..aq pandang dy..dy pandang aq.. [hehe..aq x tau la dy pandang aq ke tidak tpi aq tengok mata dy kat arah aq so...?]
tetiba lak datang satu idea yang jahat...[which is you already know]
jeng..jeng..jeng...
aq pon pi la amik getah yang berwarna coklat yang mak cik2 jual petai selalu pakai tu...[untuk ikat petai]
percubaan pertama : gagal
percubaan kedua : gagal
percubaan ketiga : sipi2 jek nak kena
percubaan keempat : gagal
..............................
................................
..........................
................................
percubaan yang keberapa kali entah : gagal

hampeh! satu pon x kena! buat aq sakit ati jek!
n cicak tu pandang jek aq macam tengah mengejek aq!
'wakaka aq langsung x gerak, pon x kena jugak! wakakaka! bengong!' [nie la apa yang aq rasa dy nak cakap]
at the end, aq malas nak terus kan misi aq..terus mesej Aina..

'tengok la cicak pada suatu hari nanti pasti aq akan dapat mencabut nyawa mu!'
aq pasti akan mencapai azam aq!!
you better watch out cicak!

Adios!

Thursday, December 1, 2011

the last rabbit


yo!!
disebabkan aq nak citer pasal arnab so xkan aq nak letak pic aiskrim lak...
sebenarnya aq n adik2 aq ada sorang satu arnab..
arnab aq warna hitam n ada tompok putih kat kepala dy..Daniel punya warna putih with red eye...Ellyn, pun warna putih tpi telinga,mata n kat sekeliling mata dy hitam [macam pakai celak]...
tpi bila aq dah tersangat sayang kat Que [arnab aq] terjadi pulak sesuatu yang x diingini [sori r aq x nak citer..cedih..] dan dy mati..
selama aq hidup belom pernah lagi aq menanges pasal binatang dan yang lebih buat aq sedih is that aq yang bunuh dy...lebih kepada x sengaja bunuh dan aq nampak dy nazak depan mata aq...
berhari2 aq menanges...
lepas tu..kan aq ada citer pasal anak2 arnab adik aq..
Dorayaki mati selepas sehari dilahirkan sebab dy kan dah luka..tpi aq x menanges sebab baru sehari..[belom start sayang lagi kat dy..]
beberapa hari lepas tu, ntah mana silapnyer Jimbo lak mati lepas menyusu [bukan aq yang menyusukan dy!!] n buat kali kedua aq menanges..
esoknya, benda yang sama jadi kat Doraemon...lepas menyusu jugak...[time tu pagi..sebelum aq pi sekolah] dan buat sekian kalinye aq menanges..
yang kali nie memang terok [keadaan yang sama time Que mati]

lama lepas tu [aq x ingat la bila tpi yang aq pasti lepas raya sebelom pmr] si ibu lak mati..
so tinggal la arnab Abang..
dan semalam dy mati...
untuk dedua arnab nie aq x nanges...mungkin sebab aq dah letih nak menanges pasal binatang lgi kot..[bukan sebab aq x sayang diorang!!]

so dy la the last rabbit..
dan aq x rasa lepas nie kitorang akan bela arnab lagi...[tpi aq nak..]

tu la kisah sedih pasal arnab2 yang pernah aq bela...
Adios~

Tuesday, November 29, 2011

aiskrim!!!!!!!!!!



i love ice cream!!!
so setiap entry aq akan start dengan gambar aiskrim [or any food that i like] then follow with my stories...
n as you could see that i already started it
gambar2 nie aq amik kat google jek [ada jugak kat tumblr]
hope you guys like it!! [meleleh air liur aq tengok]

Adios

me teaching...?!?! #3



yo!!
ehehe...my second day eh?
arini start awal..pukul satu sebab pukul dua budak2 tu nak pi mana ntah...
jiran aq cakap mak bapak diorang dah balik..
arini ada sedikit kesulitan..
si abang x nak buat keje yang aq suruh dan ada beberapa soalan yang aq x berjaya nak explain dan ajar..
susah la arini...
dan aq harap arini jek r..

semoga esok dan hari2 seterusnya x la macam nie...
Adios~

Monday, November 28, 2011

me teaching...?!?! #2



wassup!
 macam yang  korang tau yang aq akan mengajar dua orang budak tadika dan akan bermula pada ari ini!!!
giler la..takut siot!!
time berniaga, aq bagai nak giler berdoa agar tuhan melambatkan masa tpi masa x mungkin dapat diperlahankan mahupun dihentikan...
aq pujuk ibu suruh teman aq [berulang kali] dan akhirnya tepat pukul 2 petang kitorang pi rumah jiran aq...
dan alhamdulillah sepanjang aq mengajar diorang xde pape masalah cuma Hasif, si abang x boleh nak duduk diam dan Aqila[nama dy sama dengan aq~~], si adik banyak bertanya..
untuk arini...not bad dan harap esok pon sama la...
wish me good luck...

pastu dalam pukul 4 lebih...Ad tepon aq tpi aq dengar suara Zie pulak...
dy cakap yang Azani ada kat sana tengah lepak dengan dy...[at DD]
jeles betol aq!! mana x nye..aq dah lama x jumpa Azani sejak dy pindah akhir tahun 2007 [masa darjah lima]
Zie dengan Fatiha pulak dah banyak kali jumpa dy! mane aci!!
bila dy turun DD mesti aq xde dan bila aq turun dy lak xde....
apala nasib aq..
xpe la nanti akan tiba jugak saat dan ketika untuk kami bertemu!! [penuh harapan]
oh ya...lepas balik berniaga, Ad tepon aq n kitorang bergayut dalam 40 minit..[hehe]

tu jek
Adios~

Thursday, November 24, 2011

panggilan daripada orang tersayang

what up x2
semalam ada dua orang yang aq sayang call..
orang tu ialah....cik Hazirah dan cik Jasmin [sorang DD n sorang Melaka]
Zie punya birthday semalam so dy dapat free call tu yang lama giler kitorang bergayut..
bila aq turun DD nanti kita jumpa yek Zie..
Jasmin call pukul 11 nak masuk 12 tengah malam..
dan itulah kali pertama aq bergayut lama dengan dy..
epi giler sebab lama x dengar suara diorang...

sakit perut aq bila Zie cerita pasal budak2 kelas dy dan bertambah pula sakit tu bila aq dengan Jasmin cite balik pasal kebiulan ice7arz... [asyik gelak jek...]

jasmin~

Zie~ [aq cilok gambar nie kat fb..sori]


amacam comel x diorang??
hehe..

Adios!

Wednesday, November 23, 2011

yahooo!!

yo!!
korang tengok x match semalam??
mestila kan..? sesiapa yang x tengok tu amatla rugi..
giler punya epi semalam sampai meloncat-loncat! nasib baik aq tengok kat rumah jek...
kita menang!! Harimau Muda menang!! kita dapat pingat emas!
walaupon korang dah tau tpi aq nak kasitau juga...[hehe]

terus terang aq cakap..kalaupon kita x menang, aq tetap epi n bangga dengan Harimau Muda sebab diorang main dengan bersungguh2!!
dan kepada penyokong pihak lawan, lain kali x payah la nak hina negara orang...x dapat faedah pon!
nilah orang kata hukum karma..
tpi walaumacamnepon...x boleh nak disangkal yang dedua team sama hebat [walaupon aq x berapa nak puas ati dengan kegedikkan pihak lawan]

arini aq tengok ramai orang pakai jersi Malaysia [seronok aq tengok] tpi aq xde baju tu...


huhu...cedih..
xpe la kan..nak buat camne..
go go Malaysia!!

Adios~

Monday, November 21, 2011

me teaching..?!?!

yo!!
tadi jiran aq yang rumahnye sebelah punya sebelah rumah aq datang cari aq..
memula tu aq cuak la juga..n i was like 'pehal lak mak cik nie nak jumpa aq? nak minta buku balik ke?' [dalam ati jek..] actually mak cik tu ada pinjamkan aq buku anak dy untuk persediaan sebelum pmr n aq lom pulangkan lagi..[aq terlupa la bukan nak buat harta!]
mula2 dy cuma tanya pasal duit seratus yang kerajaan kasi tu n another unimportant stuffs..
tpi yang aq terkejut tu bila dy memberitahu tujuan dy datang....


dy nak aq, Nuraqilah Najiha binti Azmi nie ajar cucu dy selama sebulan!!
aq nie dah la x reti ajar orang atau lebih spesifik budak2..
walaupon diorang tu baru tadika tpi aq x reti layan budak!
aq bukan x suka budak malah suka giler tpi masalahnye budak yang x suka aq!!

sebagai contoh, anak mak long aq [mak long aq yang tolong aq tu] yang umurnye setahun lebih..kalau aq dekat dengan dy jek mesti dy menangis..kecuali kalau aq kasi dy makan..
siot betol budak tu!
even adik aq pon lagi suka minta ibu ajar diorang sebab aq nie garang, suka marah diorang n malas nak ajar diorang...[x ikhlas la katakan]
so...aq betol2 xde keyakinan biarpun diorang tu cuma budak kecil...

memang la mak cik tu x paksa tpi..aq  sampai ati nak tolak sebab mak cik tu dah banyak tolong kitorang...
adakah aq telah menggali kuburku sendiri??
warghh!!!!
xde siapa pon nak tenangkan ati aq..huhu..

Adios....

penat~

yuhuuu...
semalam aq epi giler sebab Malaysia menang dan dapat mengalahkan Myanmar!!!
1-0 jugak tpi not bad la sebab pemain Myanmar selalu [sangat selalu!] cilok bola
cemas betul bila diorang try nak golkan bola...

semalam, tengah sedap2 tengok bola [aq bukan nak citer pasal bola]..ada pulak orang datang rumah..[kacau betol!]
orang tu nak order kuih kat ibu..lima ratus biji tu [giler punya banyak] dan selama nie xde orang pernah order sebanyak tu...kot
orang tu kata x kesah kuih apa janji dapat lima ratus..so fikir punya fikir..kitorang decided nak buat kuih karipap
dalam pukul 9 tu ibu mula buat inti karipap, uli tepung...
aq mula goreng kuih dalam pukul doblas lebih...
pergh!!! penat siot!
mula2 tu aq okey lagi tpi bila dah pukul 2-3 pagi...aq start jemu tengok karipap..
actually goreng kuih xde la amik banyak masa sangat tpi ibu yang buat kuih tu [kitorang x pakai acu dy..made by hand] agak lambat la..

at the end, kitorang buat tiga ratus lima puluh jek sebab ibu dah penat n inti  cukup...
siap jek..aq terus tido dengan badan yang berbau..[penat punya pasal]
lambat aq bangun..[apa punya anak dara la aq nie]

aq nak citer pasal tu jek...[kekeke]
Adios~

Saturday, November 19, 2011

last day....

hey...
arini ari terakhir kepada banyak perkara..
ari terakhir persekolahan sebagai pelajar tingkatan 3,
ari terakhir pakai tudung biru,
ari terakhir pakai kasut hitam,
dan yang paling menyedihkan ialah ari terakhir sebagai pelajar RK selepas menjadi pelajar RK selama 2 tahun dan beberapa bulan..
uwaahhh!!!!
nanti mesti ada member yang pindah sekolah...
tpi nak buat camne...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan...kan?

aq cam x percaya jek yang tahun depan aq dah form 4..[giler la]
dah la saiz badan aq nie kecik, comel jek..
aq cakap aq form 3, orang x percaya...ada ke patut dorang cakap 'adik darjah berapa?' dan bila dorang tau umur aq...dorang akan cakap 'la..form 3 ke? badan kecik jek..'
aq rasa cam nak bunuh jek dorang!!
tpi apa nak buat...
terima jek la..sebab aq comel~ [hehe..perasan jek]

to family 3RK1, aq sayang korang!! n aq harap kita semua dapat keputusan PMR yang cemerlang..
Amin~

oh ya..semalam Malaysia berlawan dengan Indonesia [bola sepak] untuk sukan sea..
dan Malaysia menang 1-0!!
walaupon aq x puas ati dengan cara pemain Indonesia...tpi nak buat camne..
nanti Malaysia akan berlawan dengan Myanmar lak...
go go go Malaysia!!!
x sabar rasanye..


Adios~

Wednesday, November 16, 2011

so scary~~

yo!
sebenarnya semalam aq nak wat entry pasal adik aq yang lelaki tu sebab.......birthday dy semalam!!
HAPPY BIRTHDAY DANIEL~~
nothing special for my brother birthday...
pukul 10.30 malam, kitorang pi keluar makan2..
lepas abis makan kitorang x terus balik..kitorang dok kat situ jap..have little chit chat [orang2 tua punye chit chat n aq lak tengok tv..]
pastu tetiba aq dengar ibu bercakap dengan suara macam orang menanges so aq pandang ibu n tengok ibu memang tengah menanges pon tpi aq wat dunno jek n sambung tengok tv balik..
aq ingat ibu tengah bercerita tentang cite2 sedih..then, ibu pegang @ genggam tangan aq..
aq terkejut sebab tangan ibu menggigil-gigil n aq dapat rasa that something wrong..bile aq tanya, ibu x jawab n muka ibu macam....[susah la nk describe]..macam orang takut ad, macam orang tengah menahan sejuk pon ada..
then cepat2 bayar n terus masuk kereta..
dalam kereta aq dengar ibu cakap dy nampak something..

sampai rumah, ibu tiba2 menanges n terbaring kat ruang tamu..aq cpt2 suruh adik aq tutup pintu n bentang toto kat situ sebab ibu macam x boleh nak bangun..
aq suruh ibu baca ayat kursi tpi ibu terus juga nanges..so, aq suruh ibu baring kat toto, aq selimutkan dy n aq suruh adik2 aq peluk ibu..
aq rasa ada 'benda' kacau ibu sampai ibu x boleh nak baca ayat kursi..so, aq la yang baca..
aq baca berulang kali sampai ibu betul2 dah tido..
kitorang balik dalam pukul 12 pagi n aq stop baca pukul 12.30-12.40..then teros tido...
esoknye a.k.a arini...baru ibu cite..
ibu kata dy nampak cahaya biru..makin lama dy pandang makin bersinar...
dan ibu rasa kat tengkuk dy berat sangat n terasa sejuk..
benda tu cam suruh ibu jangan tinggakan dy...
ibu juga kata kat situ ialah tempat arwah anak wan achik [a.k.a sepupu ibu] accident n meninggal kat situ..

seram aq...
nasib baik aq x nampak.. [aq nie penakut sikit...]
nie la first time aq  mengalami kejadian yang macam nie...

bye~
Adios...

Sunday, November 13, 2011

yo~
11/11/11
merupakan tarikh yang unik..
dan macam2 telah berlaku semalam...
sempena tarikh nie...aq telah mencadangkan kami, Ice7arz bersama May Kei n Tasha membuat surat impian~
apa tu surat impian....?
'korang dikehendaki tulis apa yang korang impikan yang korang nak capai dalam tempoh yang tertentu pada sehelai kertas atau lebih... dan isi surat nie x boleh diberitahu kepada sesiapa sebelum tahun tersebut~'
macam kitorang...aq cadangkan dalam tempoh 9 tahun iaitu pada tahun 2020 baru surat nie boleh di buka semula...
biasanye orang akan letakkan surat nie dalam satu bekas dan tanam dekat satu tempat tpi kitorang x boleh la buat cam gitu...
so, aq telah tawarkan diri untuk menyimpannya...
aq x mungkin buka atau nak buka surat2 tu sebab aq nie amanah!! [lagipon diorang dah stapled surat tu...]

setelah lama x berkumpul sekelas...semalam kitorang 3RK1 telah berkumpul kembali [tpi ada 2-3 orang yang x datang] untuk jamuan kelas...[kekeke..]

budak sekolah lain ada yang dah start cuti...tpi kitorang belum lagi [tpi aq x kesah pon!! 8D ]..
disebabkan spm start minggu depan so, kitorang akan cuti bergilir dan form 3 kena datang ari Khamis n Jumaat...then, the holidays begin~

Ah, boring la duduk rumah..x dapat jumpa member..
kalau rumah dekat xpe la juga nie jauh2..[luar bandar la katakan..]



Adios...

Thursday, November 10, 2011

Abang demam~

yo!!
memula aq nak kasi tau yang aq nie xde abang kandung nor abang angkat..
aq ada adik lelaki yang bernama M. Fikri Daniel dan family aq panggil dy abang...
sepatut panggil abang chik tpi agak panjang so kitorang panggil abang jek..
dy nie..sangatla nakal dan selalu keluar pi main jauh2 walaupun dy cakap dengan ibu yang dy nak main kat depan rumah jek..

aq balik tadi..aq tengok dy macam x bermaya jek n bila ibu cakap 'abang demam'...baru la aq tau sebab apa dy kelihatan tidak bermaya..[kuikuikui..]
aman aq arini x kena kacau dengan dy...hehe
tpi bila aq dengar dy menanges sebab ibu x layan masa dy kata dy lapar...tetiba lak aq rasa kesian kat adik aq tu...
dan sekarang nie dy tengah tido lepas makan tadi...
btw, he is 10 n adik perempuan bongsu aq, 9...diorang selalu bergaduh!

adik-beradik aq ada lima orang...dua kakak, aq n dua adik...kalau ada abang mesti aq dah lengkap, kan?


tu jek..
Adios!

Sunday, November 6, 2011

hurm...

hurm..
sejak kebelakangan nie aq malas nak menaip..
sebab aq sangat sibuk!!



aq sibuk menonton citer bleach!! [anime tau bukan peluntur!!]
aq start tengok dari episod 1
mungkin korang fikir yang aq nie ketinggalan tpi sebenarnya aq selalu termiss citer nie so alang2 nak tengok tu biar la dari awal2...kan?
dan sekarang nie aq baru sampai episod awalan 70...
yang pasal bountou tu [dy lebih kurang cam sedara drakula la..]

hurm...
ati aq sekarang nie tengah berkecamuk..
aq x tau camne nak citer kat korang...
ah, biarla...
baik aq layan bleach lagi syok!
hehe..
aq sangat2 suka tengok bleach!!


Friday, November 4, 2011

pantun...

yo!
aq muncul kembali...
hehe..
aritukan [satu ari dalam minggu lepas] bebudak form 3 telah dipaksa mengerah otak dan mencipta pantun yang berkait dengan kasih sayang terhadap ibu bapa, alam n ilmu...
so nak x nak kene buat..
dan seperti biasa, aq x kan ada idea...
tpi biler Aina tunjuk pantun dia kat aq...terus aq bersemangat nak buat walaupun xde idea..[hehe..]
Aina n Eza buat lebih daripada satu...[hebat betol!]
lepas siap, kitorang pi tanya cikgu n telah pun mengubah suai apa yang patut untuk menyedapkan lagi pantun kitorang...
inilah hasilnya~


budak-budak main uli
main guli di tepi sawah
kasih sayang ibu bapa tidak oleh dijual beli
walaupun hidup serba mewah

pergi bermain sepak raga
terjumpa pula gula-gula
kasih ibu dibawa ke syurga
kasih ayah sampai bila-bila

ke Pasar Tamu membeli jamu
untuk mengubat sakit urat
tuntutlah ilmu tanpa jemu
mendapat berkat dunia akhirat

bunga kasidah harum mewangi
ditanam pula di tepi rumah
amalkanlah sayang-menyayangi
agar kehidupan bertambah indah

Rahmah ke kedai membeli jambu
jambu dimakan bersama rakannya
pembakaran terbuka penyebab jerebu
walaupun negara maju tiada gunanya

anak ikan berenang laju
dikail oleh Pak Cik Tahmin
rakyat sejahtera negara maju
keindahan alam kekal terjamin

indah sungguh negeri Melaka
Dipenuhi lampu berkilau-kilau
memang wajar mendapat nama
Negeri Bandar Teknologi Maju

pergi ke pasar membeli ikan
membeli ikan bersama Kak Melati
kedaulatan negara harus dipertahankan
demi anak bangsa yan dihormati


pantun ini telah disediakan oleh Aina, Iena, Eza, Qila, Miera [sayang xde Jasmin kalau x mesti la geng kitorang lengkap..] dan May Kei

pantun kitorang xde tema dan bercampur aduk...
sori la kalau x sedap ye..

dua tiga keropok moni
cukuplah sampai disini!
Adios~

Tuesday, October 25, 2011

bukan salah Aina....

ciao!!
hey~~
arini kitorang [bebudak form 3] ada pertandingan buat banner!
so arini x penat sangat la...
lepas siap..aq dengan Aina pi main tingkap....buka tutup buka tutup buka tutup
tetiba berlaku lak kejadian yang x diingini...bak kata orang 'malang x berbau'
cermin tingkap jatuh lalu pecah...Aina telah terpecahkan tingkap!!
OMG!!
kitorang dedua terdiam pastu Aina dengan takutnyew pergi kat cikgu dengan suara yang nak menanges yang membuatkan aq rasa cam nak cekik2 dy n cakap yang tingkap tu jatuh sendiri...
ntah apa yang cikgu cakap dekat dy... [aq x dengar pon]
dy pon heret aq jumpa cikgu Azmi [guru penolong kanan kitorang] n beliau suruh cari cikgu Rohaya [guru HEM]..tpi x jumpa la...
jadi dengan perasaan hampa Aina, kitorang masuk dewan balik...dalam dewan tu dy dah jadi cacing kepanasan sebab dy rasa bersalah yang amat sangat..
dan aq telah menjadi kawan baik dengan menenangkan dy tpi disebabkan dy nie x ambik peduli dengan apa yang aq cakap so, aq telah menjadi jahat!!
aq panggil dy PENJENAYAH dan sepanjang kitorang cari cikgu tadi aq telah menghebohkan jenayah yang dy lakukan!!
hehehe...aq nie memang kawan yang baik~
time balik kitorang terjumpa cikgu dekat bilik dy [tu dikira TERjumpa ke?] n masalah nie telah pon selesai...so Aina bukan lagi penjenayah tpi banduan...



[kejadian ini berlaku di dalam dewan dan disaksikan oleh bebudak form 3 yang jumlahnya agak ramai dan dua orang cikgu]


sebenarnya kesalahan Aina cuma 5% dan 85% ialah salah tingkap tu...dan lagi 10% tu ialah salah orang yang mengajak Aina bermain tingkap...[aq la tu..kekeke]


Adios!

Sunday, October 23, 2011

Malas!

yo!
sume orang ada benda yang dorang malas nak buat....kan?
aq pon x terkecuali juga!
antara benda yang malas aq nak buat :

  • malas nak mandi
hehe...
aq malas nak mandi petang..
dan selalu kena bebel dengan ibu...[aq tengah cuba rajinkan diri nie...]

  • buat keje rumah [macam..cuci pinggan, sapu rumah, basuh baju n etc]
keje2 nie la yang paling malas aq nak buat!
tpi kena buat juga...

  • pergi kedai
aq sangat x suka pergi kedai sensorang! tpi kalau pergi dengan ibu, aq rajin [hehe..]

  • bangun pagi
disebabkan ibu dah start jual nasi lemak balik, aq kena bangun lebih awal daripada biasa..
kalau dulu aq bangun pukul 5.30 [tp asyik snoozekan jek] sekarang aq kena bangun pukul 5 pagi!!
walaupun hanya awal setengah jam tpi dalam masa setengah jam tu la aq boleh mimpi macam2!! [kalau dah malas tu macam2 alasan boleh kasi]

  • study @ buat keje sekolah!
disebabkan pmr dah abis so x payah buat benda2 nie...
sebelum nie..banyak keje sekolah aq yang x siap...asyik copy jek keje aq! [tpi bukan sume keje yang cikgu kasi aq x buat tau!]

  • solat
time dah masuk waktu la banyak nates yang dok melepak n berchitchat dengan aq supaya x menunaikan suruhan tuhan [siot betol la nates2 nie!]
tpi walaumacamanapun, kita sebagai orang Islam x boleh meninggalkan ibadat fardu nie...
sekarang Alhamdullillah..aq dah agak jarang tinggal solat...[yahooo!!!]



kesimpulannya, walau malas macam mana pun...kita kena rajin2 kan diri buat sebab kalau kita malas nanti orang kat sekeliling kita akan kurang suka pada kita...[betol ke ayat aq nie??]

tu jek
Adios!!

Monday, October 17, 2011

tidak ku jangka

hey...
aq ingat lepas pmr, aq akan menjadi orang yang paling happy but aq telah menjadi orang yang paling x tau nak buat apa...
sebenarnye banyak jek benda yang aq kena buat [tpi aq x buat pun..] macam lipat baju, basuh pinggan, kemas rumah, cuci jamban.........tpi tu semua keje rumah!! [dan aq dah pun kene bebel dengan ibu -.- ]
tv dah la rosak n ibu x nak betolkan or beli baru... [sebagai denda ibu kata..]
aktiviti aq just tido, makan, tido, makan, check blog orang, check latest video on youtube, makan, tido...[n solat fardu]
kalau pergi sekolah pun xde benda nak buat...merempat jek la....
esok lak jasmin, miera n iena [x lupa juga cyda] pergi ikut program 1 murid 1 sukan n they will go for 3 days 2 nights...
yang pergi sebenarnye 8 orang..4 pompuan 4 lelaki...
so ice7arz yang tinggal : aq, aina n eza...
mesti kitorang kurang kecoh...
bye2 guys...kita jumpa balik hari rabu or khamis...



cedihnye...

Adios!!

Saturday, October 15, 2011

cerita semalam....

past this 2 days, a lot of things happen...
masalah kengkawan, family, n ati aq sendiri..
tpi, benda nie baru sikit yang aq alami belom masuk form 4 lagi..
agaknya lagi menakutkan kot..
but well, semua dah berlaku dan ia dah memang takdir so seperti biasa aq pun berfikir bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...kan?
tpi aq harap ia x akan terus berlarutan dan akan menemui jalan penyelesaian..
tu pasal kengkawan n about family....no comment! [aq malas nak fikir]
ati aq lak...well, aq still try nak lupakannya but ia perlukan masa [dy x tau pun aq suka kat dy...hehe]
dah la malas nak melayan perasaan nie...


that' all for now

Adios!!

unbelievable!!

yo!
aq cam x caya jek yg mulai semalam, aq dah ada fb..!!
selama nie aq guna fb ibu jek [mak aq lagi maju!!] tp kekadang jek...
semalam punya semalam [kelmarin la tu...], Ziera upload gambar baru dengan kengkawan yg lain kat Mcd di Damansara Damai [aq tinggal kat situ sebelum duduk Melaka] dan disebabkan jeles, aq pun comment la kat gambar tu...
dan dy suruh aq wat fb dengan alasan semua orang dah ada fb n lagi senang dy nak contact aq [well, aq nie sangatla jarang topup...]
aq yang saja jek...nak gurau jek...tpi dy anggap ianya seyes...
aq suruh dy buatkan...
huhu...ziera,aq gurau jek..
tpi nak buat camne lagi so.......
dengan rasminya saya dah ada fb~
[tu pun nak kecoh r aq nie...]
tpi aq x tau nak buat apa dengan benda ala tu...
biarla...lama2 aq akan tahu juga...


tu jek -,-

Adios!!

Tuesday, October 11, 2011

Dari benci menjadi cinta

wassup?!
kenapa tetiba aq nak cerita pasal cinta nie...? [buang tabiat ke??!]
hehe.. bukannya cinta pada orang la tpi cinta aq pada subjek math!
seriously dolu2 atau lebih spesifik time aq form 1, aq paling anti dengan subjek math



time aq still skola kat DD [Damansara Damai] asal masuk waktu math jek mesti aq mengeluh n jarang sekali kasi perhatian time cikgu mengajar..
nak kata aq benci kat cikgu tu...x pon malah aq sayang dy
pastu pindah lak ke SMK Rahmat [kat Melaka] iaitu sekolah luar bandar...aq still x berubah lagi
naik form 2, Aina kata dy nak berubah n nak kasi perhatian masa cikgu mengajar so aq pun pasang azam yg sama...
waktu math la masa yg aq tertunggu2 n biler cikgu start mengajar, kalau dolu aq asyik pusing ke kiri, kanan dan belakang tpi kali nie aq dh jarang pusing2..
cara cikgu mengajar dapat membuatkan aq paham n sekali gus minat dengan subjek yg penah aq benci..



dan sekarang aq x penah dapat math B lagi dan berharap PMR nie aq dapat A begitu jugak dengan subjek2 lain..
so i would like to thank my teacher, Pn. Fazilah yg mengajar aq time form 2 n sekarang nie kerana telah membuatkan aq cinta pada mathematic..
i luv u la teacher!
i luv all my teacher at skola Rahmat...[x lupa gak kat cikgu2 yg penah ajar aq sejak umur aq 5 tahun..]
Jasa2mu akan ku kenang....

Monday, October 10, 2011

10 Oktober 2011

ola...
its me again!
kenapa dengan ari nie?!!
arini bufday Aina~ [everybody applause!!]
nie gambar dy...






























epi bufday Aina~
hadiah kau lambat sikit ye...

Adios!!

PMR had gone!!

hey guys,
how your day?
good? not really........?
xpe la bukan semua hari kite baik, kan?

selepas sekian lama x update blog nie akhirnya masanya telah tiba..
Now,
citcotZAjIe is back!!
hehe...

PMR had gone??!!!!
hehe...
had gone from me jek...
sok ada paper lagi tpi paper bahasa jek n aq x amik pon [kiranya aq dh merdeka la nie..]
kertas2 latihan yg berlambak tu dh bley bakar!!
bley relaxkan otak..huhu...
tu pun sblm dpt result bulan 12 nie...[sama ada ia merupakan hari yg menghappykan or menyedihkan...]


there was one bad moment yg aq nak share dgn korang..
so here it goes....

6 Oktober

hari tu ada paper sc n sj [dedua subjek yg aq takut sekali..]
aq tgh sedap punye tido tetiba aq terdengar suara merdu ibu menjerit yg berbunyik sprti ini :
'Alang!! kau x peksa ke arini?!!'
automatik mata aq terbukak n aq terus berdiri
tengok tingkap langit dh cerah! [giler la]
dengar lagi muzik merdu ibu...
'tulah tido mati! sekarang dh 7.30! cepat siap! ibu kejut mak long! [mak long aq tinggal dpn rmh aq jek~]
dengan ati yg macam nak meletop nie, aq trus iron baju yg sememangnye aq iron setiap pagi..
siap2 dh pukul 7.45..[siap iron, mandi, pkai bju..]
mak long aq lak lambat..
aq x nak r rush dy sbb aq sedar yg aq nie dh r menyusahkan dy..kang dy x nak tolong aq lagi mampos!
tetiba tepon ibu berbunyik..lgu Agnes Monica lagi..
ruper2nye Cikgu Asiahku yg comel loteh tepon!
kali bukan ati jek nak meletop tpi dengan jantung2 aq sekali
tpi, syukur Alhamdullilah..aq sempat sampai sblm dorang masuk dewan..
dan aq telah memalukan diri aq dengan TERnanges dekat padang takraw luar dewan peksa [tmpt calon2 PMR berkumpul]
ntah camner air mata aq nie bley meleleh..
bila nampak Aina jek, tetiba mata aq mengeluarkan airnye..[siot jek!]
ramai lak tu yg nampak aq menanges [memalukan betol!!]
tpi benda dh jadi so aq anggap ia sebagai kenangan yg manis yg x mungkin aq dpt lupakan..


tulah cerita yg aq nk share dengan korang..[x best pon...]


Adios!

Friday, September 23, 2011

Ada bayi!

cekom n wassup!

arini ialah ari yg paling mengejutkan!
baru beberapa minit aku balek tetiba jek mak aku menjerit "ada baby! ada baby!"
aku dengan terkejutnya keluar sebab ingat ada orang buang baby kat rumah aku!
rupa2 nyew anak kepada arnab adik aku [dia baru lepas beranak] !!
memula sekor pastu sekor pastu sekor pastu aku dh penat layan 'anak buah' aku tu, aku pon tido n bila bangun jek rumah aku heboh lagi sebab ada dua ekor lagi dekat dalam sangkar n diorang kene hempap dengan mak dy!
malangnyew dedua mati
lagi menyayat ati, sekor tu dh berdarah n dedua dh bewarna biru!
cian diorang
arnab pertama n kedua mak aku namakan, Dorayaki n Doraemon n ketiga lak aku namakan Jimbo
kekeke
tu jek~
nak tengok gambar diorang? tapi tak cantik tau! [bak kata mak aku menggelikan]



mak aku nak termuntah tengok diorang yg 'telanjang' nie sampai x lalu nak makan
hehe.. sebelom maghrib tdi dh susukn..
yg sebelah kiri tu kan kulit dy dh terkoyak n nampak daging dy akibat dipijak oleh mak dy! [nasib bek x mati]


tu jek
Adios~

Wednesday, September 14, 2011

16 Sept : Hari Malaysia

Jumaat cuti!!!
walaupun cuti, kene belajar jugak..
sebab, pengetua kata pmr lagi dua minggu!!
giler la.. mampus aku!
belajar makin malas tapi pmr is just around the corner
aiyoyo....
pengetua nak manyak orang dapat 8 A, mesti lebih 17 orang
kalo ia berjaya, beliau cakap meletup Masjid Tanah!
dashyat betul la..
ok la aku nak mandi~
 Adios~

Sunday, September 11, 2011

ola...

wazzup guyz!?

sekarang nie aku x sepatutnyew blogging..
pmr lagi...x sampai sebulan! lagi 3 minggu jek!!
arghh!!! what should i do?
apa nak jadi dengan aku nie??
makin dekat pmr makin pemalas!
ok la lepas nie aku akan belajar!! [boleh.....ke??]
risaunya aku!
i must get 8 A sebab orang yg dapat, akan mendapat dwet!! [mata duitan sungguh!]
kekeke..
xde la..sebenarnyew memang keinginan aku utk pon utk dpt 8 A sebab aku x penah dapat lebih drpd 4 A!!
just trial aritu dapat lebih cikit..epi giler aku!
n keinginan aku semakin la melonjak2!
aku berdoa kami, Ice7arz akan mendapat 8 A begitu jugak dengan famili 3RK1 n x lupa jugak kat bebudak kelas target!
nanti mesti pengetua cayang kitorang~


tu jek utk arini
Adios!

Wednesday, August 24, 2011

ice7arZ

hey guyz ,
aku nak kenalkn korang dengan geng aku
nama geng kitorang ialah Ice7arZ
pelik ke nama tu?
bagi aku tak tapi ia satu nama yang unik
combination of ice, seven n stars
kami terdiri daripada tujuh orang girlz



ahli-ahlinya ialah~

Iena
[kiri bahagian depan]
15 Januari 1996
Daripada segi fizikal, orangnya tinggi, keding, mempunyai mata yg besar!
Dy nie amat suka menari n menyanyi [walaupun suara tu tak berapa nak sedap]
Cuba teka tarian apa yang dy suka.....
Sudah tentunya Korea [tapi bukan keseluruhan lgu]
group yg dy amat suka dengan SHINee
n dy nie giler kamera!
Pantang ada kamera even henfon Aina, penuh dengan gambar dy
Apa nak jadi la dengan budak nie....?
tapi, kebanyakan gambar yg dy mesti ad kecacatan [x boleh kasitau apa yg cacat nanti dy marah]
dan disebabkan aku nie seorang kawan yg baik so aku buang la


Fira








[aku takde gambar satu geng yg ad dy]
24 Januari 1996
sebenarnya, aku tak rapat sangat dengan dy nie
tapi kitorang still bercakap, gurau-gurau just tak kongsi hal personal jek
walaubagaimanapun aku tetap cayang dy!!
dy kelakar, agak matang n keistimewaan dy ialah meniru cara cikgu bercakap [adakah ianya satu keistimewaan?]
dy pindah ke Melaka pada awal tahun 2010 n pindah semula ke Johor pada hujung tahun yang sama
hari terakhir dy, kitorang satu geng menangis bagai nak rak
ia amat memalukan coz time tu dalam kelas
ish3...
cedih giler


Miera
[tengah bahagian belakang]
16 April 1996
tibalah giliran si ketam nie!!
kenapa ketam?
sebab dy suka cubit orang!
so jangan carik pasal dengan dy kerana cubitannya....pergh!! menjilat jari kaki!
tapi dy nie baik [yeke?], comel n muka dy teramatlah innocent
bila dy wat jahat, takde sorang pun tau tapi bila sengihan dy sudah timbul, tau la kitorang siapa yg bersalah
dy nie bf Iena sejak berusia 6 tahun n until now
aku jeles betul dengan diorang coz aku asyik pindah jek so takde pun member yg kekal
huhu..


Qil
[tengah bahagian depan]
12 Jun 1996
tiba juga masa aku
gambar nie jek muka aku ok yg lain buruk giler
aku pendek, tembam, aku rasa aku comel tapi diorang cakap aku macam ikan!
jahat betul!!
aku punya la cute diorang samakan dengan ikan!?
tak patut2..
aku nie cepat marah n terasa tapi cepat juga sejuk
aku suka dengan 2ne1!!!
tapi tak la fanatik sangat cam diorang yg suka shinee tu
aku low giler bm
apa nak wat nie?
trial dah tak dapat A
pening2!!
aku ada soalan...
adakah pelik kalau seseorang tu xde fb dan adakah seseorang itu wajib ada fb???
terbuka untuk semua orang~

Jasmin/Sue
[kiri bahagian belakang]
2 Oktober 1996
mempunyai penyakit peralihan angin
kejap ok, kejap x, kekadang tu overdose sampai hyperactive
but she is a good listener [kekadang x jugak]
dy partner aku utk program mak/bapak angkat kat skola
sejak dy duduk sebelah Miera, aku makin 'jauh' dengan dy..
cedihnyer..huhu...
tapi aku bukan dengki dengan hubungan diorang coz Miera tu.......manja???! [aku x tau camne nak jelaskan..]
maksud aku dengan 'hubungan' tu ialah kemesraan sesama kawan so jangan salah faham.....tau!
dy selalu cakap aku nie cam j_nta_ atau ayat yg lebih elok = lelaki
ya memang betul tapi hanya 45% jek...
 tapi dy pun sama gak..
xpe aku akan cuba jadi jadi sefeminim yg mungkin


Aina
[kanan bahagian belakang]
10 Oktober 1996
aku rapat dengan minah nie
dy nie blur n ada sikit sound trouble [kekeke]
buktinyer, Jas [dy duduk belakang Aina] panggil dy, mesti dy x dengar n disebabkan aku nie seorang member yg baik so aku tolong panggilkan Aina untuk dy... [aku duduk sebelah Aina sebenarnyer...kekeke]
dy selalu menyampuk n tanya soalan tanpa mengetahui keseluruhan cerita..for example : sapa weyh? dy nak apa? macam mana lak bley jadi camtu?
disebabkan soalan2 itulah dy selalu kena marah..[cian dy~]
tapi yg menakjubkan biler kitorang sebut Onew [member shinee yg dy amat minat] dengan sepantas kilat dy akan menoleh...[pelik bin ajaib betul la..]
dy jugak pantang biler ada free food dan orang yg selalu menggunakan taktik ini ialah cyda.. tu pun kalau cyda nak Aina temankan dy..
apa aku nak wat kat member aku sorang nie???

Eza
[kanan bahagian depan]
12 December 1996
dy gelarkan diri dy sebagai maknae yg bermaksud paling muda tapi walaupun dy paling muda tapi dy selalu buli kitorang
biler aku geram dengan dy, aku akan cakap 'kau tu bukan maknae tapi mak nenek!'
tapi dy dengan Iena macam mak kelima dan keenam aku sebab selalu kasi advice
yg wat aku x puas ati is walaupun aku lag tua drpd dy tapi aku lagi pendek dari dy!!
xpe la.. sependek-pendek aku, aku tetap yg paling kiut [prasan la pulak aku nie!]
oh ya! sekarang dy dah pakai cermin mata so aku x keseorangan lagi...
cayang Eza~~


Tamat sudah!
Adios~

Monday, August 1, 2011

First Day of Ramadhan

Akhirnya tamat sudah berpuasa..
tapi belom raya lagi!
kita baru berpuasa sehari per 29 hari
lambat lagi nak raya lar...
Ramadhan ialah bulan yang mulia so kita kena banyak2kan ibadat sunat
bulan nie kita kena kumpul pahala banyak2
so semoga kita dapat menjauhi larangan Allah
Amin
adios!
cekom!

Sunday, July 17, 2011

Wazzup!!

helo...
forgot my password actually..
hehe..
x tau nak cite apa...
nanti2 jelah..
adios!