assalamualaikum wbt
[sila jawab ye walaupun dalam hati]
sekian lama daku menyepikan diri kini aq kembali..huhu
alhamdulillah aq dah pun tamat belajar di matrik bulan 4 yang lalu dan telah pun berjaya memasuki U yang mementing dan menjaga hak anak2 melayu dan bumiputra..dah boleh agak kan aq dapat mana..dalam Malaysia nie ada satu jek..
dan sekarang sudah pun 2 minggu aq bergelar mahasiswa UiTM Shah Alam
setakat nie hidup agak ok
dapat roommates yang ok boleh kamceng
dan aq dah pun mula ada assignment, tutorial..nama pun datang nak belajar kan so elakkan merungut
UiTM nie sangat besar..fakulti aq pun besar..sekarang pun masih sesat lagi..ayo
hari first pendaftaran aq dah kena masuk kelas dan masa nak cari kelas sangat2 menstresskan
ya Allah..dah la aq sorang jek pastu bangunan pun xkenal lagi..masa tu rasa nak nangis nak balik xnak sambung belajar dah [kalau korang nak fikir aq gedik ke apa ke sukati la sebab masa tu memang aq dah penat gila]..sejam kot aq merayau kat tempat yang sama
3-4 kali tanya orang dan akhirnya berjaya juga..nasib baik
so..hehe..xjadi balik
nak cerita pasal course aq amik pun macam xsesuai lagi sebab aq masih baru..tu kena tunggu 2-3 sem la kot..haha
akhir kata 'mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih'
adios~~