Background

Monday, December 31, 2012

bye2 2012


cekom..salam satu Malaysia~
pejam celik pejam celik dah nak masuk 2013..
bila aq baca balik entry aq pasal azam untuk 2012, banyak yang aq x buat..banyak yang x dicapai n semuanya salah aq sendiri...
aq asyik terfikir jek kalau la masa dapat diundurkan...
dan itulah masalahnya! masa x mungkin dapat diundurkan.. ini realiti..[cuba nak sedarkan diri sendiri]
walauapapun benda dah jadi so apa yang boleh dibuat lagi..

ok, stop talking about the past now about the present and the future..
sekarang nie aq tengah buat latihan untuk amik lesen motor...
cakap latihan kan aq benci gila bila nak kena lalu dekat titi dengan kon..[geram betul!!]
banyak kali aq langgar benteng jalan masa lalu kon..[biasala orang x reti bawa motor..]
aq baru 3 jam so another 5 hours to go...

now about 2013..
tahun penting sebab aq nak spm..
bila fikir pasal benda nie, lagi serabut otak aq..
mana x nya form 4 asyik main2 jek..
banyak nak kena cover banyak nak kena buat....adoyaii
lebih2 lagi bila fikir pasal masalah berkenaan dengan duit dahla lusa nak sekolah..
pening2..
relaks Aqilah..kita buat slow2...

papepon aq nak ucapkan selamat menyambut tahun baru yang akan tiba beberapa jam lagi..
n aq akan buat entry yang agak lain sikit dan aq akan terangkannya dalam entry yang akan datang..
insya-Allah ianya pada hari esok..
so, adios for now~

Sunday, November 18, 2012

i'm sorry but i don't like you..

heyho~
cekom..
first of all aq bukan benci nak pi sekolah ye..
ingat x lagi kat pak cik yang cakap this n that about chef?
well, sejak aritu dy x pernah senyap n keep on talking about it...
serius dowh aq rasa cam nak jerit jek kat tepi telinga dy yang 'Aq benci dengar kau bercakap pasal diri aq yang memang xde kena mengena dengan hidup kau n thanks la sebab dah buat ibu aq berfikiran cam kau..harap kau puas hati...btw, aq ucapkan tahniah sebab telah berjaya buat aq gagal dalam misi X NAK MEMBENCI ORANG bukan la xde orang yang aq x suka tapi aq berusaha untuk x benci diorang tapi orang tua tu aq memang dah x  boleh nak buat apa dah...
mana xnye setiap kali aq jumpa dy, mesti dy akan membebel pasal benda tu dan bukannya sekali lak tu....
apa dy x nampak ke yang aq x suka? dy x nampak ke cara aq layan [aq tau memang x baik] dy endah x endah tu? dy x nampak ke camne aq lari setiap kali dy bangkitkan isu tu?!

aq tau dy banyak tolong keluarga aq dan aq menghargainya sangat2..
it just...i can't help it...
kekadang aq rasa bersalah gak n aq try x nak bencikan dy tapi tiba2 dy muncul n that thing keep going...

if that pak cik happen to read this though it kinda impossible but only if..
i hope that you can stop 'it' n maybe we can have that father n daughter relationship...[well, maybe]
please don't hate my family bcuz of me...hate me, kay?
lastly, thanks for everything n sorry for this..

adios~

Saturday, October 27, 2012

abis exam akhir tahun, spm lak...

cekom..
memula aq nak ucapkan selamat hari raya aidiladha to my family, friends and to all human out there [that are muslim]..
giler dah lama aq x update blog walaupon dah boleh..
bukan apa..keyboard lappy tu rosak la..aq paling x suka type pakai yg on screen tu..[lagi2 nak kene type pepanjang]
lagipon aq tengah busy sekarang nie dengan exam akhir taun x lama lepas tu spm lak..
haih..bila la aq nak bebas nie?

belom abis exam lagi tapi aq dah dapat agak result aq camne nanti...[memang mati la..]
fizik memang dah xde harapan dah nak dapat A sebab aq lagi banyak tembak dari buat betol2..
belajar malam tu jugak..camne nak masuk kapla?[sape suruh study last minute..?]
dapat paper,kapla otak aq teros blank kot...[ayoyo~]
minggu depan ; Isnin peksa bio, Selasa lak kimia n last, Rabu peksa addmath...
aduilahai...

dah la sampai sini jek la kali nie..
aq nak sambung belajar..
nanti2 bila aq rajin, aq datang sini lagi ye..
adios~

ps : aq dapat dua kaktus baru semalam...yg empat tu dah mati dah..[sebab aq tanam dy dengan cara yg salah]

Friday, August 24, 2012

today...

yo!!
selamat hari raya yg kelima!
hari nie aq menghadapi masalah..
so this is my stories~~

kisah 1:
aq pi POPULAR [ala, kedai buku tu..kalau xtau...cian] aq jumpa 2 buku yg nampak cam best jek..
buku A merupakan buku bersiri n buku B lak merupakan buku himpunan cerita2 pendek so aq xtau nak pilih yg mana..
bila tanya ibu, iu pon cakap dengan penuh sarkastiknya,'pilihla yg mana kau nak!'
adoi mak aq nie..x membantu betul..
so aq buat keputusan untuk pilih buku yg paling mahal antara dua buku tu which is buku B..
moral of the story : don't judge a book by it's price

kisah 2:
tadi kami anak beranak masak kek coklat..
kemain la lama tunggu kek tu masak [almaklumla..pakai oven lama yg telahpon wujud sebelum aq lahir lagi] then pabila aq keluarkan dy dari oven...MAKDATUK!! huduh sungguh!
permukaan kek tu pecah2 so ibu kata x payah buat topping lagipon bukan nak buat jual nak makan sendiri..
dan pabila aq rasa jek kek tu...pergh! sedap dowh! mana xnya kek segera la katakan cuma tinggal nak bancuh n bakar jek..
MOTS : don't judge a cake by it's rupa/look/figure(?) [sori la saya x pandai bahasa omputih]

kisah 3:
tadi aq ditinggalkan seorang diri dirumah untuk mengawasi kek yg lambat bebenor nak masak tu n i was starving..
kumain la aq merayap ke setiap pelosok rumah untuk mencari makanan..
then angah balik pastu dy bukak lagu bapak punya kuat n menari bagai nak giler..
lepastu aq x ingat camne tapi yg pasti aq cakap aq lapar n dy kata,'atas dapur tu bukan sos spaghetti?'
n i was like what da?!!
rupa2nye aq x cari makanan kat atas dapur gas!!!! [rasa cam nak nangis jek time tu]
MOTS : kalau lapar, tempat pertama untuk dituju ialah meja makan dan dapur gas!

The end.
Adios~

Saturday, August 18, 2012

Raya~~

heyyhoo!!!
such a longggg time and now i'm back!!!
well, mula2 SELAMAT HARI RAYA aq ucapkan kepada semua..
kepada family tersayang, kengkawan terutamanya ice7arz dan mereka2 yg rapat dengan aq, n sesapa yg baca nie..aq menyusun sepuloh jari diatas kesilapan aq, tingkah laku aq yg x menyenangkan, kata2 aq yg mengguris hati korg bak ditusuk sembilu [cewahh~]

now aq nak citer pasal persiapan raya aq..
well, sebenarnya rancang buat kuih raya tapi ibu malas! beli pon x nak mak aq tu!!
namun begitu, aq akan pastikan besok aq akan makan biskut cornflake!! peduli apa aq kalau kena makan kat rumah org aq x kisah janji dapat so berhati2 la pada sesiapa kat rumah dy ada biskut tu...! [huahahaha!!]
sebenarnya baju raya aq, ibu n along x beli lagi..adik2 aq dah n angah beli semalam dengan pakwe dy... [cedih kan...?]
jap lagi baru nak beli sebab kalau beli last minute, murah siot!! tahun lepas 50 hinggit dapat dua pasang baju kurung kot...
memang la ia menguntungkan kita sebagai pembeli tapi kesian pulak aq kat penjual2 tu... [well, this is life..]
n semalam kakak2 aq beli lampu liplap2 tu..[aq xtau apa nama dy yg sebenar n itulah yg family aq panggil]
jadi keje buang duit beli menatang tu baik belikan aq biskut corflake [aq mmg gilerkan biskut nie..]
seperti tahun2 sebelum nie aq beraya kat rumah kakak aq n kat sini ramai yg dah balik kampung [mmg la raya balik kampung, aq jek yg raya balik bandar..] so sunyi la kat sini [xde maknanye sunyi] n rumah kitorg jek asyik memekak macam kena rasuk dengan toyol..[kejap..toyol rasuk org ke?]

aq rasa cukup la sampai sini..
dah cukup panjang dah..
buhbye~~

Friday, June 8, 2012

lupa la..

hey!!
last post kan aq ada buat sedikit summary n aq terlupa nak mention pasal HARI IBU!
teruk kan aq nie..?
aq x dapat nak bagi hadiah kat ibu sebab xde duit la..[wa x kaya macam lu olang]
waktu kelas Sivik dan Kewarganegaraan [cewah..full tu..] cikgu suruh buat kad sempena Hari Ibu so aq pon kasi la ibu kad yang aq buat tu..
it saved time and money..
mungkin korang rasa cam aq nie ntah apa2 ntah tapi sebenarnya kekadang benda yang simple n handmade cenggini la sweet tau..
ibu even melelehkan air mata beliau apabila menerima kad daripada tiga daripada lima orang anaknya [well, itu jek anak yang tinggal dengan dia]
oh ya..sekarang aq ada memelihara pokok kaktus!!
dah lama aq nak baru sekarang aq dapat [hehe..aq x bawa la buku yang aq tulis tarikh sebenar aq dapat kaktus tu..] n time aq dapat tu dia baru nak berbunga [bermaksud bunga tu belum mekar lagi] tapi besoknya bunga tu kuncup n mati...[adoi..]
n hari selasa lepas aq beli lagi satu!
hehe...

Wednesday, June 6, 2012

heyho!!!

assalamualaikum!!
yuhuu..
rindu kat saya? or should i say remember me??
rindu nak menaip n share cerita2 yang entah pape kat sini tapi dah xde tenet kat rumah dan aq sangat malas nak pi cc so here i am after three months missing..
disebabkan aq dah lama x update cerita n apa yang telah berlaku kat aq so aq akan membuat summary tentangnya tanpa mengikut urutan dan mengikut apa yang aq ingat..

okey, aq ter-rela-masuk debat bi n ianya menyeronokkan kecuali part berlakunya pertandingan debat tu sebab aq giler punya mengigil n suara cam dah lost control kejap kuat kejap perlahan...
tpi yang paling best ialah selepas abis pertandingan!!
hehe..Teacher Azazurah belanja kitorang makan KFC!!
whenever it come to eat i just love it!!
pastu entah camne aq boleh termasuk debat bm lak..
semua sebab cikgu buat muka innocent dengan senyuman yang aq x boleh nak tolak..[sigh]
lepas kami kelas 4A kena buat persembahan untuk minggu bi dimana kitorang kena menyanyi lagu berbahasa inggeris depan warga Rahmat..
kitorang nyanyi lagu For The Rest of My Life n Pizza In His Pocket..
n lepas tu teacher belanja makan pizza..!
kenyang den..

16 April, birthday Miera n kitorang sambut kat pantai sebab hari tu cuti..
kitorang berpiknik, main game...
lepas tu mandi pantai kecuali aq n Aina..
n yang menyeronokkan lagi hati aq adalah sebab seseorang ada kat situ jugak..
aq x boleh stop senyum bila aq nampak dia..[hehe..]
ok stop..

lepas tu aq x ingat....
n 2 minggu sebelum cuti, aq telah pun jatuh sakit n menambahkan sakit aq bila ianya minggu peperiksaan so aq x tau apa yang aq jawab n aq dapat rasa mesti K.O lebih2 lagi Kimia sebab aq memang x larat n kapla aq pening giler n banyak gilerla soalan aq x jawab so aq rasa mesti gagal...
abis la aq...
ok la sampai sini jek..[dah azan nie..]
nanti aq sambung..
Adios~~

Wednesday, March 14, 2012

lama nye x blogging!!


yo!!
long time no see!!
gila lama aq x berceloteh kat sini..
sebabnya, lappy kesayangan aq rosak la..
lepas aq wat entry paling last aq tu, aq tutup lappy sebab nak pi main badminton n malam tu aq nak kongsi la sikit pasal aq main badminton tapi memang malang x berbau betol la..
lappy aq x dapat nak diidopkan lak..
huhu..
merana aq...
dah sebulan aq x berkongsi cerita aq yang ntah pape kat sini..
rindu nak menaip..

disebabkan sekarang nie bebudak sekolah cuti seminggu, aq sekarang berada di DD!!
ketemu kakak2ku yang sudah lama berjauhan di mata namun dekat dihati..[ayat novel aq pakai tu..]
dan disini aq dapat guna internet yang x terhad bukan cam kat Melaka tu...
huhu...gembiranya hatiku ini~
hahahaha...
walaupon aq sampai sini ari isnin tapi baru arini aq kasitau member2 aq yang aq ada kat sini..
sengal kan..
tu pon aq kasi tau dalam fb jek..
sori la..saya xde kredit la wak..
jap lagi aq plan nak call Zie [pakai phone rumah] boleh la lepak dengan dy..
harap2 dy x pi mana2..harap2...

kalau aq rajin nanti aq cerita pasal kem kepimpinan yang aq n geng aq join Jumaat lepas [9-11 Mac]..kalau aq rajin la yek...
kuikuikui..
Adios~

Monday, February 6, 2012

aq, kopi dan karenah masa dolu-dolu...


Yo!!
hahahh..
ehem..ehem...
aq nak kongsi sikit kisah antara aq dan kopi..
well, aq memang x suka minum kopi
biar aq ulang yek..
aq X SUKA MINUM KOPI [poyo giler aq nie..saja jek nak guna huruf besar..]
btw, kopi yang aq agak selalu minum nie pon ada krimer dan aq tambah gula dalam kuantiti yang boleh menyebabkan aq dapat penyakit kencing manis atau bahasa yang lebih saintifik, diabetes..sebab aq benci benda pahit..
pagi tadi lak aq pi gedik2 minum kopi O yang itam legam tu..[n it's free sugar bukan dapat gula free tpi bebas gula = xde gula!]
pening kapla aq kejap...dan aq punya la overreacting menjerit macam orang sawan depan ibu pukul 6 pagi..[giler kot]

hmm...
menurut ibu, masa aq kecik2 aq pernah campak botol susu aq yang ibu isi kopi n ibu cakap tu sarsi..
baru rasa sikit..terus campak..[tengok..aq memang x ngam dengan kopi]
aq x suka kopi bukan pasal rasa dy yang pahit tu jek..
yang aq ingat, aq pernah ikut bapak aq pi rumah kawan dy n diorang hidangkan air kopi O..
n aq cam...apa kejadahnya semua ini!?!? [ok..tu tipu..]
adakah diorang expect aq yang baru berumur kurang daripada 6 tahun [aq x ingat umur aq yang betul..] minum kopi yang pahit tu?!!
aq lak dengan selambanya cakap 'x nak minum kopi nanti gelap cam ayah'
hahahahaha.....gilerkan aq..
masa tu aq ingat kopi boleh menggelapkan kulit..tpi x minum kopi pon aq tetap gelap..
dari mana ntah aq dapat fakta yang auta nie..

pagi tadi ibu jugak citer pasal karenah aq n kakak2 aq masa dolu2..
kelakar giler..kumain kuat aq bantai gelak pepagi tu..
aq cam x caya jek yang mulut aq masa kecik2 'agak' celupar..
cenggini..
Wan aq belah bapak aq agak garang n semua cucu dy takutkan dy..
n ada satu arini aq n wan aq duduk@baring kat katil..
dy cakap 'tepi la sempit' n aq dengan x bersalah pon jawab 'bontot wan tu yang lebaq sangat memang la sempit' pastu aq terus blah..[x nak kena belasah]
tergelak2 aq dengar ibu bercerita..
sumpah aq memang x percaya yang mulut aq camtu n aq x ingat langsung!
ibu juga cakap yang aq pernah marah along..
masa tu kitorang pi satu karnival nie n kakak aq tu jalan terkedek2..
aq dengan bercekak pinggang marah 'ei along, kau nak mampos ke jalan lambat2?! nak kena culik?!!'
wahaha...dasyatkan aq..
ibu cakap aq nie bukan jenis yang suka berceloteh tpi bila ada yang x kena kat mata mula la keluarkan kata2 yang boleh mencairkan taik telinga...
huargh!! aq x caya!
aq punya la sopan, malu2 kucing [kononnya] tpi masa dolu2...nauzubilla..

walaumacamnepon aq terpaksa terima..[benda dah jadi..]
korang camne?
kalau x tau pi la tanya mak bapak korang camne perangai korang kecik2 dolu...
ok la..dah cukup panjang nie..penat jari-jemari i menaip...
Adios..

Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul~~


assalamualaikum...salam 1 Malaysia~~
salam maulidur rasul~
korang ada join perarakkan??
aq x join..[sebab terlambat bangun..hehe]
well, as you guys knew...
arini merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW~~


seperti biasa..aq xde mood nak buat kerja sekolah..
malam nanti kot baru aq sentuh..[almaklumla esok cuti..kuikuikui]
nothing special or extraordinary thing happen today [not yet]...
walaubagaimanapon, aq rindu la kat Grey..dah lama x jumpa dy..
cari dy kat sekolah tpi xde pon...
mana la anak aq tu pergi..[huhu]

tadi aq ada belajar masakkan baru [well, baru bagi aq]...
aq macam dapat semangat baru untuk teruskan cita2 aq so aq berazam untuk belajar masak macam2 jenis masakkan daripada ibu!! [aq nie walaupon nak jadi chef tpi x reti masak..pelik kan...]
tpi nak buat camne...inilah aq..
xpayah la korang nak pening2 fikir pasal kepelikkan aq nie ye...

[ibu dah mula membebel tu..]
so this is me, Qil sign off..
adios!

Saturday, February 4, 2012

saya kena marah....

ola..
[sigh] bangun2 jek dah kena marah...
sebabnya...biarla aq n keluarga aq jek yang tau..
kerana ianya memang salah aq pon...
hehehe...
cukup la aq cakap ibu x berniaga arini sebab aq..
aq berasa amat bersalah...
bengongla Qila nie...

ha!
sekarang nie aq dah terminat mengait lak...
aq baru belajar ari Rabu [waktu koku]...
disebabkan aq nie masuk persatuan ERT kena la belajar gak..
mula2 aq berasa amat bengang sebab asyik x jadi2 jek..
well, aq memang x minat benda yang agak ada kaitan dengan jahit-menjahit nie...[not my stuff]
tpi bila dah agak pandai buat tali air[basic dy], x boleh nak berhenti lak...
x sabar nak belajar step baru...
hehe..itulah aq..

Adios~~

Tuesday, January 31, 2012

aq la punca dy...



ehem..ehem..[test suara jap walaupon korang x dengar..]
assalamualaikum...selamat sejahtera...salam satu Malaysia~
arini aq ada sesuatu yang aq nak kasitau kat korang...
even kengkawan aq pon x tau pasal benda nie sebab kalau diorang tau mesti kena gelak punya...[ianya perkara yang memalukan...]

cenggini cerita dy..
pagi tadi aq n Eza teman Iena pi toilet..
Iena masuk jamban, Eza tunggu kat dalam tandas manakala aq lak kat luar tengah kejar anak2 kucing yang bergelimpangan...[asal aq datang dekat jek mesti diorang lari..]
n btw, aq ada bela sekor anak kucing nie yang aq jumpa kat sekolah masa tunggu bas lepas balik dari kem WWF aritu..
aq namakan dy Grey sebab bulu dy warna kelabu n nama panjang dy, M. Adam Grey Panther [dy xde kena mengena dengan Greyson Chane..]
n aq bela dy kat sekolah...
ok balik semula kepada cerita tadi, lepas Iena selamat melepaskan apa yang patut kitorang pi kantin n terus pi tapak perhimpunan n tetiba ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan..
Eza tanya aq sama ada aq ada tersmell something atau x n aq jawab la 'ada..macam bau taik kucing'
n bau tu agak busuk tpi bila tengok xde pon nampak taik kucing kat mana2...
then, tiba2 pen aq terjatuh [time tu aq tengah wat kerja sekolah n aq tengah bersila] so aq amik n aq terpandang kasut aq...
n guess what..!
aq la punca bau busuk tu!!
ya..aq telah terpijak taik kucing...[aq rasa aq kena masa aq sibuk kejar kucing2 tu]
aq yang gelabah sebab takut orang tau bahawa aq la puncanya pon cepat2 ajak Aina pi toilet...
basah kasut aq...[siot punya taik!]
sampai sekarang sorang pon x tau yang aq bersalah...[nasib baik..]
so malang la...

n tadi juga aq jadi gila kejap..
sebab terlalu pening n x paham add math...
sampai Jasmin n Aina pon bengang+pening dengan perangai aq...
hehe...
sori la korang..aq betol2 x paham tadi n sori lagi sekali sebab peningkan korang dengan menanya soalan yang x masuk akal...
add math sentiasa buat saya pening la..
tpi aq tetap cuba nak mencintainya macam cinta aq pada math mode [mathematic modern a.k.a math yang kita belajar masa form 3 tu]
doakan aq yek...

panjangkan entry aq kali nie..
aq balas dendam sebab entry sebelom nie teramat la pendek...
tu jek untuk sekarang...
Adios~~

Sunday, January 29, 2012

a short update...


ellow~~
just a quick n short update from me..
dah lima hari x jenguk blog nie...
sekarang aq tengah buat kerja sekolah yang aq x usik lagi..
[aq memang selalu buat kerja last2 minit camni..]
nak berubah tpi setengah jalan jek...
apa nak jadi la dengan aq nie..
ok la that's all..
still got lot of work to be done...
Adios~

Tuesday, January 24, 2012

balik lambat jek...


21 Jan yang lalu merupakan birthday ibuku yang tercinta..
HAPPY BIRTHDAY IBU!!!
hahaha...ibu dah tua~
so umur ibu berapa tahun nie??
hehe..x boleh kasi tau sebab perempuan kan sensitif bab2 umur nie...
kitorang x buat celebration pon sebab kedua2 kakak aq xde [diorang kat DD] so kitorang cuma kasi ucapan jek..
dalam pukul 12 tu aq keluar pi MT nak beli baju KRS n hadiah ibu sekali...[dengan Eza, Jasmin n Aina]
agak kelam kabut jugak time nak balik tu..
ok camni..time tu lebih kurang pukul 3.15, kitorang keluar dari cc n ikut Eza pi kedai Avon pastu pi beli tiket bas untuk kakak dy...
Eza dengan Jasmin dah jalan depan manakala aq n Aina singgah satu kedai nie coz aq nak belikan ibu selendang as a present so kitorang terpisah la dengan yang lagi dua tu...
kami pon jalan la terkedek-kedek n tetiba lak Jasmin text Aina yang berbunyi lebih kurang cam nie 'weyh, cepat sikit..bas macam dah nak gerak nie'
kitorang apa lagi..berlari la sampai kat stesen bas n terus naik sebab fikir yang diorang dah naik tapi rupa2nya x...
aq n Aina turun kat kuala n beberapa minit lepas tu diorang pon sampai..[kami bertemu kembali yo!]
disebabkan itulah kitorang balik lambat..

semalam lak aq, Aina, Iena n Jasmin pi beraya rumah Maggie...



sepatutnya Eza n Miera pon ikut tpi diorang ada hal lak tetiba..
sampai sana Nata, Syafiq, Khaiyum [or Qaiyum...i dont know] dengan dua lagi kawan diorang [lelaki] dah ada..
[rindu giler kat Nata coz dy dah masuk asrama n dah 2 minggu x jumpa!!]
banyak giler amik gambar n kitorang dapat angpau! [jangan jeles]
balik tu aq, Aina, Iena n Jasmin pi 7-11..
aq n Jasmin beli megi cup dan kitorang makan kat bus stop...[teringat masa sekolah rendah...lama x makan cam nie]
sementara nak tunggu bas tu [macam biasa] kitorang amik gambar banyak..
bas dah sampai tpi x jadi naik sebab Jasmin tunggu Zu n da gang..
dan kitorang balik lambat jugak...[nasib baik ibu x marah~]

aq share beberapa gambar masa kat rumah Maggie..



 [me n Nata]


 Iena kata kapel dengan aq..

...kahwin dengan Aina...

...n  bertunang dengan Jasmin..[biawak darat sungguh Iena!]


aq xde sebab aq yang tangkap gambar nie..[sedih la..] 


that's all..
Adios~

Friday, January 20, 2012

haiyo...

what up2!!
so buzy these days...lot n lots of homework!
i think i gonna die!! [ok, tu ialah hiperbola]
banyak kerja sekolah yang aq kumpul n i hope to finish all of it cuti raya cina nie..[i hope..]

tadikan time bio, ada sesi cubit-mencubit oleh Cikgu Hamidah sebab ramai budak 4 Alfa x siap nota n aq pon tergolong jugak..
tpi aq x kena cubit sebab aq dah buat 2/5 daripada nota tu..
semua geng aq kena termasuk Maggie..
ha! Miera kan dy 4 Gama [kelas ketiga] n tadi dy masuk 4 Beta [kelas kedua] sebab Gama ada ramai budak n Beta budak dy seciput jek so terpaksa la dirombak balik...
kesian jugak aq tengok beberapa budak Alfa diturunkan ke Beta..tpi diorang bukan diturunkan sebab diorang x layak stay kat Alfa tpi sebab nak meramaikan budak Beta so aq rasa xde benda pon..
x payah la nak menangis beriya-iya like it the end of the world..[sori ye pada sesiapa yang terasa tu, ini apa yang aq rasa]

aq nak share sikit gambar2 yang diambil masa kat kem WWF di Kompleks Alkhawarizmi menggunakan hp Maggie n aq amik nie dari FB [n gambar aq teramat la sikit n gambar Iena teramat la banyak...]

 [x tau la mana Aina n Eza pandang..]


 [muka Aina kelakar..wakakaka!]

 [on our way to Padang Kemunting to meet the turtles]







 [aq yang tengah tu~]




 [the one n only pic that i was alone]


[Miss Maggie n Miss Jasmin]

[buruknye muka aq..]

that's all from me..
see ya..
Adios..

Monday, January 16, 2012

about it..


yo!!
as you guys can see my title is 'about it..'
about what?!!
hehe..
ok sebenarnya aq nak citer sikit pasal blog adik aq [Diari Ellyn]..
its actually mine tpi aq x tau nak tulis apa..cukup la satu aje..
n aq x tau camne nak delete so aq kasi adik aq sebab dy suka buat diari....
diari dy agak kelakar tpi bagi aq ia bagus untuk melatih adik aq tu...
dy baru 10 tahun so ayat dy cam budak2 [coz dy mmg budak2]

disebabkan sibuk dengan kerja sekolah so aq dah agak lama x update..
n hari jumaat aritu aq pi kem kat Kompleks Al Khawarizmi selama 3 ari 2 malam...
kem pasal World Wide Fund [WWF]...
yang ikut kem nie cuma 2 buah sekolah iaitu sekolah aq n musuh tradisi sekolah aq...[giler kan..]
so ada la part2 yang kurang menyenangkan tpi overall sangat best walaupun aq telah memalukan diri aq beberapa kali...

semalam jugak birthaday Iena!!
HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!
seronok giler celebrate birthday ko tepat pukul 12 pagi walaupon xde hadiah or something to eat...
esok kitorang [Ice7arz] plan nak kasi hadiah kat dy..
aq belikan dy keychain donut...
harap2 dy suka la..

[aq suka giler gambar nie]

dah la aq nak buat kerja sekolah...[setelah ditangguh selama 3 hari]
Adios~

Monday, January 9, 2012

the most awkward moment ever!


hohoho...
hola..
camne aq nak citer yek..
urm..it was the most awkward moment yang pernah aq lalui sepanjang hidup aq..[sungguh memalukan!]
 ok..
dalam pukul 6 tadi pak busu aq datang rumah [dy sepupu ibu] n he was looking for my super duper cute mom..
tpi ibu xde, dy pi kl diatas sebab2 yang tertentu n aq sorang jek yang tinggal kat rumah masa tu [adik2 aq keluar main]..
aq nie x berapa rapat sangat dengak pak busu aq nie walaupon dy baru 20 tahun...atau lebih kepada aq nie langsung x rapat dengan sedara2 aq...[x tau la kenapa..]
time kecik2 rapat la jugak tpi sejak dah jadi 'remaja' nie aq x tau camne nak berkomunikasi dengan diorang dan itulah dinamakan malu x bertempat..[itulah aq..]
back to the story..aq salam la dy cam selalu n lepas tu aq x tau nak cakap apa so kitorang pon memasuki awkward zone...
dedua cam x tau nak cakap apa..
aq tanya la dy yang dy dari mana pastu dy tanya aq yang kakak aq ada balik x pastu aq tanya dy, dy tanya aq n so on..[tpi setiap soalan yang ditanya akan ada masa dimana kitorang senyap n saling sengih-menyengih]..totally weird!
macam lima minit lepas tu [or kurang dari tu] dy minta diri n told me to kunci pintu, kalau apa2 jadi call dy n aq iyakan jek la...
time dy nak blah balik tu, dalam hati aq kumain happy lagi sebab kekekokkan kitorang dah berakhir...
dy ada gak tanya sama ada aq ada nombor dy ke x n aq cakap ada [padahal mana aq save no dy..no lama ada la..]
bukan niat aq nak menipu ye..cuma...rasa cam janggal lak tetiba..
kelakarkan aq nie...dengan pak cik sendiri pon x reti nak berkomunikasi dan pak busu aq pon sama jugak!!

seriously aq rasa cam x nak jumpa pak busu aq lagi...
tpi xkan la aq nak buat camtu lak...
huhu..
bye2..
Adios everybody!

my wishes for 2012


aloha..
wazzup..
ok...
disebabkan kita masih didalam mood tahun baru, so HAPPY NEW YEAR!! [again..]
korang mesti dah ada azam baru or azam lama yang korang x dapat nak tunaikan n korang bawa ke tahun nie.. [x salah pon]
so aq nak share la azam aq untuk tahun nie..

my wishes for 2012 :


  • kurangkan sikap yang suka marah2, menengking n so on..
  • study hard [x nak terpengaruh dengan kata2 orang yang cakap form 4 tu masa untuk honeymoon]
  • x nak kutuk2 cikgu [kasi gelaran untuk cikgu cam MM, hantu katik]
  • X NAK PONTENG SOLAT dengan alasan malas, banyak kerja or else..[ini wajib!]
  • nak cintakan subjek sains tulen n tambahkan cinta untuk subjek math including add math..
  • amik lesen motor walaupon x tau bawa motor..[hehe]
  • nak buat entry lebih daripada 50!! [tu pon kalau x masuk asrama]
  • cari ramai kawan [hilangkan sikat pemalu x bertempat tu]
  • kurangkan mencarut dan membenci orang tanpa sebab
  • kumpul pahala banyak!! [n kurangkan dosa]
cukup la kot sepuluh azam tu..
aq harap aq dapat melaksanakan semua azam aq untuk tahun nie dan aq harap korang pon sama jugak..

hmm...
esok sekolah lagi..
rasa cam malas jek nak pi sekolah sedangkan dah cuti sebulan lebih..[overnye cik Aqilah nie..]
ok la..bye2...
aq nak sambung tengok bleach~
Adios!

Sunday, January 8, 2012

biar masa yang menentukan


yo!!
petang semalam ada kawan ibu datang rumah n somehow he knew about my ambition to become a cheff..
well, of course ibu yang kasitau..
ok fine la..dy dah tau so aq iyakan aje..
pastu tetiba lak dy dok membebel pasal peringkat2 yang aq kena lalui sebelum menjadi executive cheff..[time nie aq masih boleh terima lagi]
tpi bila part dy cakap yang nak jadi cheff x perlu nak belajar pandai2, aq rasa cam nak cekik2 jek pak cik tu!
aq tau la yang nak jadi cheff tu lebih memerlukan kemahiran tpi x bermakna orang yang agak pandai akademik macam aq nie [pandai la sangat..] x boleh capai cita2 aq tu..
and he kept repeating about his friend that was a cheff and only had SRP..
bagusla kan kalau orang yang hanya ada SRP boleh berjaya tpi itu x bermakna yang nak jadi cheff hanya perlu amik SRP..[aq x ingat la SRP tu PMR or SPM..]
ya, aq tau la yang dy sebenarnya x nak aq tersalah buat keputusan dan aq sendiri dah fikir masak2 yang kalau aq x ditakdirkan untuk menjadi cheff than i will be anything else...
kalau korang nak cakap yang aq nie xde keyakinan n xde hala tuju...silakan..
sebab selama nie aq selalu fikir yang aq akan jadi seorang cheff dan mempunyai sebuah restoran dengan keunikkan yang tersendiri yang aq dah plan tpi bila ada orang bantah even dy bukan keluarga aq, aq rasa cam dah hilang semangat [walaupon aq sedar yang aq mungkin x sesuai dengan cita2 aq tu] sebab keluarga aq pon x kesah..
dan ya, dy cuma nak menasihatkan aq n i know that..
it just...that when you eagerly wanted something n you knew that someday you'll get it but suddenly someone came up n told you that you would never get it, you feel like half of your life had been taken away..n that how i felt..

bila difikirkan balik, aq masih muda lagi dan perjalanan hidup aq masih panjang so i let it be..
biar masa yang menentukan..


tu jek la..
bye...
adios..

Thursday, January 5, 2012

1st day~

hola~
assalamualaikum..
wah, lama aq x berceloteh kat sini kan?
ok..
sebenarnya aq dah lama nak update blog tpi aq terlampau busy menonton bleach la..[dan malas nak menaip -.-]
23 aribulan 12 aritu aq pergi rumah kakak aq [a.k.a rumah lama aq] n sepanjang aq kat situ, aq telah berjumpa dengan kawan2 lama aq dan ada beberapa kawan aq yang sepatutnya aq jumpa tpi x kesampaian...
apa nak buat...

n as you guys know, arini ari first sekolah untuk sesi 2012..
arini jugak la baru aq tau aq kelas apa dan seperti yang aq jangka kan, aq masuk kelas sains..
nothing special happened today just jumpa member, gelak cam orang giler..
oh ya!
tadi aq, Iena n Cyda kena tinggal bas time balik..
bas tu cam dah mampat giler n kitorang x pon berusaha nak naik bas tu [dengan baik ati aq kasi orang len naik dulu]
Eza, Myn, Miera n Aina lepas...
nasib baik ada bas sekolah lagi kalau x balik pukul 4 la kami...

after all hari nie berakhir dengan suksesnya...
hmm...
aq rasa masih belom terlambat lagi sebab arini baru ari keempat so aq nak ucapkan HAPPY NEW YEAR!!
harap korang dapat capai azam korang untuk tahun nie~
Adios~