Background

Tuesday, January 31, 2012

aq la punca dy...



ehem..ehem..[test suara jap walaupon korang x dengar..]
assalamualaikum...selamat sejahtera...salam satu Malaysia~
arini aq ada sesuatu yang aq nak kasitau kat korang...
even kengkawan aq pon x tau pasal benda nie sebab kalau diorang tau mesti kena gelak punya...[ianya perkara yang memalukan...]

cenggini cerita dy..
pagi tadi aq n Eza teman Iena pi toilet..
Iena masuk jamban, Eza tunggu kat dalam tandas manakala aq lak kat luar tengah kejar anak2 kucing yang bergelimpangan...[asal aq datang dekat jek mesti diorang lari..]
n btw, aq ada bela sekor anak kucing nie yang aq jumpa kat sekolah masa tunggu bas lepas balik dari kem WWF aritu..
aq namakan dy Grey sebab bulu dy warna kelabu n nama panjang dy, M. Adam Grey Panther [dy xde kena mengena dengan Greyson Chane..]
n aq bela dy kat sekolah...
ok balik semula kepada cerita tadi, lepas Iena selamat melepaskan apa yang patut kitorang pi kantin n terus pi tapak perhimpunan n tetiba ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan..
Eza tanya aq sama ada aq ada tersmell something atau x n aq jawab la 'ada..macam bau taik kucing'
n bau tu agak busuk tpi bila tengok xde pon nampak taik kucing kat mana2...
then, tiba2 pen aq terjatuh [time tu aq tengah wat kerja sekolah n aq tengah bersila] so aq amik n aq terpandang kasut aq...
n guess what..!
aq la punca bau busuk tu!!
ya..aq telah terpijak taik kucing...[aq rasa aq kena masa aq sibuk kejar kucing2 tu]
aq yang gelabah sebab takut orang tau bahawa aq la puncanya pon cepat2 ajak Aina pi toilet...
basah kasut aq...[siot punya taik!]
sampai sekarang sorang pon x tau yang aq bersalah...[nasib baik..]
so malang la...

n tadi juga aq jadi gila kejap..
sebab terlalu pening n x paham add math...
sampai Jasmin n Aina pon bengang+pening dengan perangai aq...
hehe...
sori la korang..aq betol2 x paham tadi n sori lagi sekali sebab peningkan korang dengan menanya soalan yang x masuk akal...
add math sentiasa buat saya pening la..
tpi aq tetap cuba nak mencintainya macam cinta aq pada math mode [mathematic modern a.k.a math yang kita belajar masa form 3 tu]
doakan aq yek...

panjangkan entry aq kali nie..
aq balas dendam sebab entry sebelom nie teramat la pendek...
tu jek untuk sekarang...
Adios~~

Sunday, January 29, 2012

a short update...


ellow~~
just a quick n short update from me..
dah lima hari x jenguk blog nie...
sekarang aq tengah buat kerja sekolah yang aq x usik lagi..
[aq memang selalu buat kerja last2 minit camni..]
nak berubah tpi setengah jalan jek...
apa nak jadi la dengan aq nie..
ok la that's all..
still got lot of work to be done...
Adios~

Tuesday, January 24, 2012

balik lambat jek...


21 Jan yang lalu merupakan birthday ibuku yang tercinta..
HAPPY BIRTHDAY IBU!!!
hahaha...ibu dah tua~
so umur ibu berapa tahun nie??
hehe..x boleh kasi tau sebab perempuan kan sensitif bab2 umur nie...
kitorang x buat celebration pon sebab kedua2 kakak aq xde [diorang kat DD] so kitorang cuma kasi ucapan jek..
dalam pukul 12 tu aq keluar pi MT nak beli baju KRS n hadiah ibu sekali...[dengan Eza, Jasmin n Aina]
agak kelam kabut jugak time nak balik tu..
ok camni..time tu lebih kurang pukul 3.15, kitorang keluar dari cc n ikut Eza pi kedai Avon pastu pi beli tiket bas untuk kakak dy...
Eza dengan Jasmin dah jalan depan manakala aq n Aina singgah satu kedai nie coz aq nak belikan ibu selendang as a present so kitorang terpisah la dengan yang lagi dua tu...
kami pon jalan la terkedek-kedek n tetiba lak Jasmin text Aina yang berbunyi lebih kurang cam nie 'weyh, cepat sikit..bas macam dah nak gerak nie'
kitorang apa lagi..berlari la sampai kat stesen bas n terus naik sebab fikir yang diorang dah naik tapi rupa2nya x...
aq n Aina turun kat kuala n beberapa minit lepas tu diorang pon sampai..[kami bertemu kembali yo!]
disebabkan itulah kitorang balik lambat..

semalam lak aq, Aina, Iena n Jasmin pi beraya rumah Maggie...



sepatutnya Eza n Miera pon ikut tpi diorang ada hal lak tetiba..
sampai sana Nata, Syafiq, Khaiyum [or Qaiyum...i dont know] dengan dua lagi kawan diorang [lelaki] dah ada..
[rindu giler kat Nata coz dy dah masuk asrama n dah 2 minggu x jumpa!!]
banyak giler amik gambar n kitorang dapat angpau! [jangan jeles]
balik tu aq, Aina, Iena n Jasmin pi 7-11..
aq n Jasmin beli megi cup dan kitorang makan kat bus stop...[teringat masa sekolah rendah...lama x makan cam nie]
sementara nak tunggu bas tu [macam biasa] kitorang amik gambar banyak..
bas dah sampai tpi x jadi naik sebab Jasmin tunggu Zu n da gang..
dan kitorang balik lambat jugak...[nasib baik ibu x marah~]

aq share beberapa gambar masa kat rumah Maggie..



 [me n Nata]


 Iena kata kapel dengan aq..

...kahwin dengan Aina...

...n  bertunang dengan Jasmin..[biawak darat sungguh Iena!]


aq xde sebab aq yang tangkap gambar nie..[sedih la..] 


that's all..
Adios~

Friday, January 20, 2012

haiyo...

what up2!!
so buzy these days...lot n lots of homework!
i think i gonna die!! [ok, tu ialah hiperbola]
banyak kerja sekolah yang aq kumpul n i hope to finish all of it cuti raya cina nie..[i hope..]

tadikan time bio, ada sesi cubit-mencubit oleh Cikgu Hamidah sebab ramai budak 4 Alfa x siap nota n aq pon tergolong jugak..
tpi aq x kena cubit sebab aq dah buat 2/5 daripada nota tu..
semua geng aq kena termasuk Maggie..
ha! Miera kan dy 4 Gama [kelas ketiga] n tadi dy masuk 4 Beta [kelas kedua] sebab Gama ada ramai budak n Beta budak dy seciput jek so terpaksa la dirombak balik...
kesian jugak aq tengok beberapa budak Alfa diturunkan ke Beta..tpi diorang bukan diturunkan sebab diorang x layak stay kat Alfa tpi sebab nak meramaikan budak Beta so aq rasa xde benda pon..
x payah la nak menangis beriya-iya like it the end of the world..[sori ye pada sesiapa yang terasa tu, ini apa yang aq rasa]

aq nak share sikit gambar2 yang diambil masa kat kem WWF di Kompleks Alkhawarizmi menggunakan hp Maggie n aq amik nie dari FB [n gambar aq teramat la sikit n gambar Iena teramat la banyak...]

 [x tau la mana Aina n Eza pandang..]


 [muka Aina kelakar..wakakaka!]

 [on our way to Padang Kemunting to meet the turtles]







 [aq yang tengah tu~]




 [the one n only pic that i was alone]


[Miss Maggie n Miss Jasmin]

[buruknye muka aq..]

that's all from me..
see ya..
Adios..

Monday, January 16, 2012

about it..


yo!!
as you guys can see my title is 'about it..'
about what?!!
hehe..
ok sebenarnya aq nak citer sikit pasal blog adik aq [Diari Ellyn]..
its actually mine tpi aq x tau nak tulis apa..cukup la satu aje..
n aq x tau camne nak delete so aq kasi adik aq sebab dy suka buat diari....
diari dy agak kelakar tpi bagi aq ia bagus untuk melatih adik aq tu...
dy baru 10 tahun so ayat dy cam budak2 [coz dy mmg budak2]

disebabkan sibuk dengan kerja sekolah so aq dah agak lama x update..
n hari jumaat aritu aq pi kem kat Kompleks Al Khawarizmi selama 3 ari 2 malam...
kem pasal World Wide Fund [WWF]...
yang ikut kem nie cuma 2 buah sekolah iaitu sekolah aq n musuh tradisi sekolah aq...[giler kan..]
so ada la part2 yang kurang menyenangkan tpi overall sangat best walaupun aq telah memalukan diri aq beberapa kali...

semalam jugak birthaday Iena!!
HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!
seronok giler celebrate birthday ko tepat pukul 12 pagi walaupon xde hadiah or something to eat...
esok kitorang [Ice7arz] plan nak kasi hadiah kat dy..
aq belikan dy keychain donut...
harap2 dy suka la..

[aq suka giler gambar nie]

dah la aq nak buat kerja sekolah...[setelah ditangguh selama 3 hari]
Adios~

Monday, January 9, 2012

the most awkward moment ever!


hohoho...
hola..
camne aq nak citer yek..
urm..it was the most awkward moment yang pernah aq lalui sepanjang hidup aq..[sungguh memalukan!]
 ok..
dalam pukul 6 tadi pak busu aq datang rumah [dy sepupu ibu] n he was looking for my super duper cute mom..
tpi ibu xde, dy pi kl diatas sebab2 yang tertentu n aq sorang jek yang tinggal kat rumah masa tu [adik2 aq keluar main]..
aq nie x berapa rapat sangat dengak pak busu aq nie walaupon dy baru 20 tahun...atau lebih kepada aq nie langsung x rapat dengan sedara2 aq...[x tau la kenapa..]
time kecik2 rapat la jugak tpi sejak dah jadi 'remaja' nie aq x tau camne nak berkomunikasi dengan diorang dan itulah dinamakan malu x bertempat..[itulah aq..]
back to the story..aq salam la dy cam selalu n lepas tu aq x tau nak cakap apa so kitorang pon memasuki awkward zone...
dedua cam x tau nak cakap apa..
aq tanya la dy yang dy dari mana pastu dy tanya aq yang kakak aq ada balik x pastu aq tanya dy, dy tanya aq n so on..[tpi setiap soalan yang ditanya akan ada masa dimana kitorang senyap n saling sengih-menyengih]..totally weird!
macam lima minit lepas tu [or kurang dari tu] dy minta diri n told me to kunci pintu, kalau apa2 jadi call dy n aq iyakan jek la...
time dy nak blah balik tu, dalam hati aq kumain happy lagi sebab kekekokkan kitorang dah berakhir...
dy ada gak tanya sama ada aq ada nombor dy ke x n aq cakap ada [padahal mana aq save no dy..no lama ada la..]
bukan niat aq nak menipu ye..cuma...rasa cam janggal lak tetiba..
kelakarkan aq nie...dengan pak cik sendiri pon x reti nak berkomunikasi dan pak busu aq pon sama jugak!!

seriously aq rasa cam x nak jumpa pak busu aq lagi...
tpi xkan la aq nak buat camtu lak...
huhu..
bye2..
Adios everybody!

my wishes for 2012


aloha..
wazzup..
ok...
disebabkan kita masih didalam mood tahun baru, so HAPPY NEW YEAR!! [again..]
korang mesti dah ada azam baru or azam lama yang korang x dapat nak tunaikan n korang bawa ke tahun nie.. [x salah pon]
so aq nak share la azam aq untuk tahun nie..

my wishes for 2012 :


  • kurangkan sikap yang suka marah2, menengking n so on..
  • study hard [x nak terpengaruh dengan kata2 orang yang cakap form 4 tu masa untuk honeymoon]
  • x nak kutuk2 cikgu [kasi gelaran untuk cikgu cam MM, hantu katik]
  • X NAK PONTENG SOLAT dengan alasan malas, banyak kerja or else..[ini wajib!]
  • nak cintakan subjek sains tulen n tambahkan cinta untuk subjek math including add math..
  • amik lesen motor walaupon x tau bawa motor..[hehe]
  • nak buat entry lebih daripada 50!! [tu pon kalau x masuk asrama]
  • cari ramai kawan [hilangkan sikat pemalu x bertempat tu]
  • kurangkan mencarut dan membenci orang tanpa sebab
  • kumpul pahala banyak!! [n kurangkan dosa]
cukup la kot sepuluh azam tu..
aq harap aq dapat melaksanakan semua azam aq untuk tahun nie dan aq harap korang pon sama jugak..

hmm...
esok sekolah lagi..
rasa cam malas jek nak pi sekolah sedangkan dah cuti sebulan lebih..[overnye cik Aqilah nie..]
ok la..bye2...
aq nak sambung tengok bleach~
Adios!

Sunday, January 8, 2012

biar masa yang menentukan


yo!!
petang semalam ada kawan ibu datang rumah n somehow he knew about my ambition to become a cheff..
well, of course ibu yang kasitau..
ok fine la..dy dah tau so aq iyakan aje..
pastu tetiba lak dy dok membebel pasal peringkat2 yang aq kena lalui sebelum menjadi executive cheff..[time nie aq masih boleh terima lagi]
tpi bila part dy cakap yang nak jadi cheff x perlu nak belajar pandai2, aq rasa cam nak cekik2 jek pak cik tu!
aq tau la yang nak jadi cheff tu lebih memerlukan kemahiran tpi x bermakna orang yang agak pandai akademik macam aq nie [pandai la sangat..] x boleh capai cita2 aq tu..
and he kept repeating about his friend that was a cheff and only had SRP..
bagusla kan kalau orang yang hanya ada SRP boleh berjaya tpi itu x bermakna yang nak jadi cheff hanya perlu amik SRP..[aq x ingat la SRP tu PMR or SPM..]
ya, aq tau la yang dy sebenarnya x nak aq tersalah buat keputusan dan aq sendiri dah fikir masak2 yang kalau aq x ditakdirkan untuk menjadi cheff than i will be anything else...
kalau korang nak cakap yang aq nie xde keyakinan n xde hala tuju...silakan..
sebab selama nie aq selalu fikir yang aq akan jadi seorang cheff dan mempunyai sebuah restoran dengan keunikkan yang tersendiri yang aq dah plan tpi bila ada orang bantah even dy bukan keluarga aq, aq rasa cam dah hilang semangat [walaupon aq sedar yang aq mungkin x sesuai dengan cita2 aq tu] sebab keluarga aq pon x kesah..
dan ya, dy cuma nak menasihatkan aq n i know that..
it just...that when you eagerly wanted something n you knew that someday you'll get it but suddenly someone came up n told you that you would never get it, you feel like half of your life had been taken away..n that how i felt..

bila difikirkan balik, aq masih muda lagi dan perjalanan hidup aq masih panjang so i let it be..
biar masa yang menentukan..


tu jek la..
bye...
adios..

Thursday, January 5, 2012

1st day~

hola~
assalamualaikum..
wah, lama aq x berceloteh kat sini kan?
ok..
sebenarnya aq dah lama nak update blog tpi aq terlampau busy menonton bleach la..[dan malas nak menaip -.-]
23 aribulan 12 aritu aq pergi rumah kakak aq [a.k.a rumah lama aq] n sepanjang aq kat situ, aq telah berjumpa dengan kawan2 lama aq dan ada beberapa kawan aq yang sepatutnya aq jumpa tpi x kesampaian...
apa nak buat...

n as you guys know, arini ari first sekolah untuk sesi 2012..
arini jugak la baru aq tau aq kelas apa dan seperti yang aq jangka kan, aq masuk kelas sains..
nothing special happened today just jumpa member, gelak cam orang giler..
oh ya!
tadi aq, Iena n Cyda kena tinggal bas time balik..
bas tu cam dah mampat giler n kitorang x pon berusaha nak naik bas tu [dengan baik ati aq kasi orang len naik dulu]
Eza, Myn, Miera n Aina lepas...
nasib baik ada bas sekolah lagi kalau x balik pukul 4 la kami...

after all hari nie berakhir dengan suksesnya...
hmm...
aq rasa masih belom terlambat lagi sebab arini baru ari keempat so aq nak ucapkan HAPPY NEW YEAR!!
harap korang dapat capai azam korang untuk tahun nie~
Adios~