Background

Thursday, January 31, 2013

aq dan makmal kimia..

Assalamualaikum~
Salam 1 Malaysia <3


ini kisah 29/1-hari Selasa dan minggu lepas punya cerita..
minggu lepas kitorang buat eksperimen yang pertama untuk tahun nie pasal kesan saiz bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas [cewah, siap tajuk..] dan entah kenapa aq berasa riang semacam..
seperti orang kata kalau terlalu gembira mungkin akan mendatangkan kecelakaan..dan itulah yang terjadi..
tatkala kitorang [my gang] menjalankan eksperimen, kitorang berbual-melawak-ketawa seperti biasa..
entah apa yang lawak sangat tapi yang pasti ia menyebabkan aq gelak bagai nak gila dan masa tulah aq [punya tudung] terlanggar measuring cylinder yang kosong [membawa maksud ia ringan] lalu jatuh berderailah ia diatas meja..
masa tu juga kitorang semua terdiam lagi2 aq..
x pernah2 aq memecahkan/merosakkan apa2 barang makmal sepanjang aq hidup..
gilalah..
ketika itu aq telah redha dengan apa jua tindakan Cikgu Zihan dekat aq apa jua kosnya..
tapi nasib baik cikgu suruh tulis nama jek dekat buku report khas untuk barang yang dah dirosakkan..
xpayah nak bayar apa2..fuhh!! selamat duit aq..kuikuikui~

hari Selasa pun kitorang buat eksperimen..
pada mulanya aq memang xde hati nak buat tapi lepas beberapa belasan minit [cewah..] aq pun join juga..
aq tolong Jasmin ukur asid sulfurik, dia nak 5cm dan entah macammana asid tu boleh terpecik dekat mulut [bibir] aq pun aq x tau..
walaupun asid x pekat cuma 1 mol jek tapi pedih kot!!
2-3 kali aq basuh mulut aq yang comei nie..
nasib baik xde apa2 kesan..
lepas dah aq pun dengan riangnya kemaslah balik barang2 yang kitorang guna dan disitulah berlakunya kecelakaan yang ke3..
aq seriously terlupa yang tungku kaki tiga tu panas dan apabila aq nak angkat dia, aq pergi pegang dekat tempat yang menjadi sasaran nyalaan api [erm..kalau kat dapur,lebih kurang macam besi yang menjadi pengalas bontot kuali atas dapur gas tu]..
pergh!!! sepantas kilat aq tarik tangan aq terus lari pergi dekat paip..
nak menitis air mata aq..betapa pedihnya aq...
dalam sakit2 tu sempat lak Si Jasmin buat lawak..
kira bertuah jugalah aq sebab aq pegang benda alah dengan 2 jari jek [telunjuk dan ibu jari] cuba kalau aq pegang dengan kelima2 jari, mahu aq meraung dalam makmal tu..
sampai ke malam baru aq boleh guna balik tangan kanan aq kalau x, x dapatlah aq buat kerja sekolah yang berlambak2 tu...

aq rasa sedikit fobia nak buat apa2 eksperimen kimia lagi tapi kalau x buat apa2 karang kena cop pelajar x aktif..habis markah kimia aq dah la markah periksa memang selalunya x cukup makan...
kita tengokla nanti ada x 'aq dan makmal kimia 2.0..
stay tune~

adios..

Friday, January 25, 2013

Tiny Bit of Me #3

aq x suka sungguh dengan benda2 [makananla] yang pahit..

Assalamualaikum!! salam 1 Malaysia..
sebenarnya entry nie ada dua sebab entry yang bawah nie sepatutnya aq post 22 aritu..
walauapapun selamat menyambut maulidur rasul..
semalam adalah salah satu hari yang amat bersejarah untuk umat Islam..
12 Rabiulawal merupakan hari lahir junjungan Nabi Muhammad SAW..
apa korang ingat korang jek yang sambut hari lahir?
Nabi pun manusia biasa juga tapi cara kita sambut lain la..
xdenya nak nyanyi lagu, tiup lilin, makan kek, buka hadiah..
banyak2kanla selawat, buat sesuatu tu biarla mengikut sunnah..
ya, aq bukan alim sangat..ada jek mencarut, mengumpat, menipu dan melawan tapi x salah rasanya kalau kita mengingatkan orang sambil mengingatkan diri sendiri...
aq bukannya nak kasi tazkirah kat sini [memang x layak pun] cuma nak sampaikan salam maulidur rasul~
dan kat bawah nie adalah entry lain yang dibuat pada hari yang lain..


Selamat-selamat hari-hari lahir~

cekom everybody~ selamat pagi petang siang mahupun malam..
dalam bulan Januari ini telah terjadinya hari lahir dua orang yang aq sayang iaitu ibuku bukan ibumu dan sahabatku bukan sahabatmu..

okey memula haruslah aq ceritakan tentang ibu dulu kan..
pada tahun ini pada 21 Jan, Puan Latifah kita nie telah mencapai umur 48 tahun..
disebabkan aq x keluar memana jadi tahun nie xde hadiah tapi aq telah 'membuat' kek..
hehehe...
ye..memang aq telah 'membuat' kek dengan mencantumkan apollo dengan menggunakan coki2..
kreatifkan aq..?
nasib baik ibu suka kalau x sia2 jek..

ucapan untuk ibu :

selamat hari lahir~
orang minta maaf sebab tahun nie xde hadiah untuk ibu..
terima kasih diatas segala2nya..x mungkin orang dapat balas apa yang ibu dah buat untuk orang..
maafkan orang sebab bersikap kasar dengan ibu..
doakan orang dapat kerja bagus2 jadi nanti bolehlah bawa ibu pi melancong..
ahaks...
last but not least, I LOVE YOU!!

ibu yang tengah2 tu jangan salah lak..

pada 15/1 pula merupakan birthday memberku yang comel lote...
Cik Azlina Bt Abu Bakar yang senang sungguh perasan dan suka bebenor bercakap mahupun bernyanyi..
walaupun dia sone dan aq blackjack tapi kitorang x pernah gaduh pasal kpop2 nie..[ala..biasala minat masing2]
aq kenal dia x la selama member2ku yang lain kenal dia dan sesama mereka sebab aq pindah Melaka masa ting. 1 tapi memang seronok kenal diorang..macam2 diorang ajar aq negatif ke positif ke diorang memang da best la..!!
wahai Iena, sori la lambat buat entry nie..
aq sentiasa doakan kau dan apa jua cita2 kau akan tercapai..x kira la kau nak jadi model ke pramugari ke [walau aq selalu mengutuknya]...
kurangkanla bermain dan lebihkan belajar..kita nak spm dah..[ceh! cakap orang jek lebih..]
simpanla kad tu elok2 sebab itulah kad pertama yang aq buat dengan penuh bersusah payah...
sayang Iena~

ini jek yang aq mampu letak kerna minah
nie sememangnya gila kamera..

adios for now~

Friday, January 18, 2013

Tiny Bit of Me #2

aq sangat-sangat la x aktif kat mana-mana laman sosial yang korang dok gilakan tu..

Friday, January 11, 2013

Tiny Bit #1

ku suka buat kerja pada minit2 terakhir..

minggu kedua dalam 2013


cekom...selamat pagi/petang/siang/malam..
aq ingat nak update blog hari kedua bulan satu tapi x sangka awal2 persekolahan dah sibuk..almaklumla dah berada di tahun akhir persekolahan..kan..[sebenarnya x sesibuk mana pun tapi aq yang dia jadi macam tu]
macam2 aq nak cerita, nak kongsi but first thing first..
pasal entri baru yang aq nak buat..
aq dapat idea nak buat bila aq tengok ramai blogger yang buat entri 'wordless wednesday' dimana entri tu hanya terkandung gambar [nama pun wordless..] n yang aq nak buat ni bukannya wordless sebab akan perkataan tapi x banyak macam selalu..
aq akan memberitahu serba sedikit pasal diri aq dalam mungkin hanya sebaris ayat..
korang x nak tahu pasal aq? xpe..x payahla baca aq x kisah pun [macam ada jek orang baca blog kau yang sekangkang kera ni Qila oi..]
aq akan buat pada hari Jumaat malam Sabtu..macam harini..
sebab aq buat entri tersebut adalah untuk memastikan aq buka blog ni walau hanya seminggu sekali walau hanya sebaris ayat..dan nama entri tersebut adalah Tiny Bit..

beralih pula pada kehidupan persekolahan..
hari pertama xde benda yang kurang baik berlaku kecuali pasal baju aq kena sambal..
siot kut..pagi hari pertama sekolah pula tu! [sakit jiwa aq]
dan pada hari tu kitorang dah mula belajar..fizik dengan kimia..
hari pun berjalan seperti biasa..

ketua kelas : Jasmin Suraya
penolong : Nor Ezaniza
bendahari : Nur Azlina
penolong bendahari : Nurul Syahidah
ketua kebersihan : Intan Suhaila
ketua keceriaan : Aina Nornidya

[xde undian dibuat]

Iena main letak jek nama orang pastu lantik diri sendiri..x tahu malu sungguh anda, Cik Azlina..
haha..
xde benda yang luar biasa berlaku pun..
buat lawak bodoh, kebosanan, x faham apa yang diajar, berborak bagai nak rak dengan geng, luahan hati yang x puas...
walaupun banyak jek benda aq nak cerita tapi x tahu macam mana nak letak dalam penulisan dan aq dah lupa apa yang nak diceritakan..

adios~