Background

Thursday, January 31, 2013

aq dan makmal kimia..

Assalamualaikum~
Salam 1 Malaysia <3


ini kisah 29/1-hari Selasa dan minggu lepas punya cerita..
minggu lepas kitorang buat eksperimen yang pertama untuk tahun nie pasal kesan saiz bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas [cewah, siap tajuk..] dan entah kenapa aq berasa riang semacam..
seperti orang kata kalau terlalu gembira mungkin akan mendatangkan kecelakaan..dan itulah yang terjadi..
tatkala kitorang [my gang] menjalankan eksperimen, kitorang berbual-melawak-ketawa seperti biasa..
entah apa yang lawak sangat tapi yang pasti ia menyebabkan aq gelak bagai nak gila dan masa tulah aq [punya tudung] terlanggar measuring cylinder yang kosong [membawa maksud ia ringan] lalu jatuh berderailah ia diatas meja..
masa tu juga kitorang semua terdiam lagi2 aq..
x pernah2 aq memecahkan/merosakkan apa2 barang makmal sepanjang aq hidup..
gilalah..
ketika itu aq telah redha dengan apa jua tindakan Cikgu Zihan dekat aq apa jua kosnya..
tapi nasib baik cikgu suruh tulis nama jek dekat buku report khas untuk barang yang dah dirosakkan..
xpayah nak bayar apa2..fuhh!! selamat duit aq..kuikuikui~

hari Selasa pun kitorang buat eksperimen..
pada mulanya aq memang xde hati nak buat tapi lepas beberapa belasan minit [cewah..] aq pun join juga..
aq tolong Jasmin ukur asid sulfurik, dia nak 5cm dan entah macammana asid tu boleh terpecik dekat mulut [bibir] aq pun aq x tau..
walaupun asid x pekat cuma 1 mol jek tapi pedih kot!!
2-3 kali aq basuh mulut aq yang comei nie..
nasib baik xde apa2 kesan..
lepas dah aq pun dengan riangnya kemaslah balik barang2 yang kitorang guna dan disitulah berlakunya kecelakaan yang ke3..
aq seriously terlupa yang tungku kaki tiga tu panas dan apabila aq nak angkat dia, aq pergi pegang dekat tempat yang menjadi sasaran nyalaan api [erm..kalau kat dapur,lebih kurang macam besi yang menjadi pengalas bontot kuali atas dapur gas tu]..
pergh!!! sepantas kilat aq tarik tangan aq terus lari pergi dekat paip..
nak menitis air mata aq..betapa pedihnya aq...
dalam sakit2 tu sempat lak Si Jasmin buat lawak..
kira bertuah jugalah aq sebab aq pegang benda alah dengan 2 jari jek [telunjuk dan ibu jari] cuba kalau aq pegang dengan kelima2 jari, mahu aq meraung dalam makmal tu..
sampai ke malam baru aq boleh guna balik tangan kanan aq kalau x, x dapatlah aq buat kerja sekolah yang berlambak2 tu...

aq rasa sedikit fobia nak buat apa2 eksperimen kimia lagi tapi kalau x buat apa2 karang kena cop pelajar x aktif..habis markah kimia aq dah la markah periksa memang selalunya x cukup makan...
kita tengokla nanti ada x 'aq dan makmal kimia 2.0..
stay tune~

adios..

No comments:

Post a Comment