Background

Friday, April 26, 2013

Tiny Bit of Me #6

aq x tau apa bakat aq..aq x reti menari, melukis, suara x sedap..
apakah bakat aq?? anyone?

Tuesday, April 23, 2013

busy April

assalamuaikum

16/4 - Amiera
tanggal 16 bulan 4 merupakan tarikh Nur Amiera dilahirkan
sori sayang aq x dapat kasi hadiah..
bukan x nak kasi mungkin lambat sikit..
Mie, disebabkan kau dah tua jadi hentikanlah cubitan ketam kau tu..ia semakin hari semakin berbisa..hehe..
walaupun kita berlainan kelas tapi ketahuilah bahawa dirimu sentiasa ada dalam hati, jantung, buah pinggang dan turus vertebrata aq ini wahai sahabatku~
apa2 pun aq sentiasa doakan kau berjaya mencapai cita2 kau lebih2 lagi impian kau untuk berkahwin dengan askar [suka bebenor kamu ye dengan mat botak] dan semoga kau dapat 9A+++ dalam spm - go go Add Math!!

Debat & ALAM
bulan nie merupakan bulan yang sibuk bagi aq
I was so busy with debate..
nak siapkan teks untuk 3 tajuk yang menyebabkan aq ponteng [dengan alasan] kelas tambahan dan x masuk kelas dari pagi sampai petang selama dua hari [17 dan 18/4]..
aq juga x dapat pergi Kem Kursus Kepimpinan dekat ALAM
tsk..tsk...aq pun nak belajar berenang, berkayak..
dah la aq sorang jek yang x pergi
Eza, Iena, Aina, Miera, Jasmin, semua pergi..
bila diorang bercerita sesama diorang, aq rasa tersingkir
x faham aq dengan cerita diorang tapi yang pasti masing2 ada 'abang' [stress aq..hehe..jeles sebenarnya..]
bukan aq x korang bercerita cuma agak x faham sebab tiada penerangan yang terperinci tapi don't worry guys aq akan cuba sedaya upaya memahaminya..

untuk pertandingan debat, ia telah berlangsung 18/4 hari tu..
dan..sekolah kitorang x dapat masuk pusingan ke2 pun..
aq sebagai first speaker rasa bertanggungjawab diatas kekalahan kitorang
target nak masuk final tapi lain yang jadi..
teacher cakap its okay menyebabkan aq rasa lagi bersalah
dah la teacher banyak berkorban : balik lambat, belanja kitorang makan, hantar aq balik [rumah dah la jauh]
haih..apa boleh buat benda dah jadi..
aq harap tahun depan budak2 lelaki tu dapatla melunaskan harapan Teacher Aza..
good luck guys!!
dan terima kasih ku ucapkan kepada teacher diatas segala tunjuk ajar dan pengorbanan yang beliau lakukan untuk kami, budak Rahmat..
akan ku kenang jasamu wahai guruku!

Kursus Anjuran SMK Kem Terendak
sebenarnya aq x ingat apa nama program nie tu yang letak nama penganjur..
ia berlangsung pada 20 dan 21 April bertempat di d'Village Resort dan disertai oleh berbuah2 sekolah..
kat sana kitorang diajar teknik menjawab keempat2 subjek sains tulen yang membunuh..
satu subjek 4 jam..gila kot..tersengguk2 aq dibuatnya..
walaupun macam tu, aq dapat juga sesuatu biarpun tertidur2, bercakap masa add math sampai kena marah..[maafkan kami~]

aq juga telah berjumpa dengan Azani!!
kau tahu..Azani!!!!
sahabat aq yang pindah ke Melaka masa darjah 5 [hujung tahun] dan aq x pernah jumpa dia lagi..baru 20-21 hari tu aq dapat jumpa dia..
Zie dapat juga jumpa dia beberapa kali..hmm..Fatiha, aq x pasti..
sori beb..aq bukan lupakan kau cuma x pasti..hehe..sayang kamu~~
aq x perasan pun Azani ada..
masa nak pergi makan lepas habis slot pertama tiba2 ada orang pegang aq jerit 'Qila!' pastu kitorang dua2 menjerit..hehehe...
macam percaya kot tapi sayang hanya 2 hari..
hmm..kira okla daripada x jumpa..
Zan, aq harap kita akan jumpa lagi, borak2 macam dulu2..aq, kau, Zie, Fatiha..

kesimpulan yang aq dapat dalam program nie adalah :
jangan jadi macam lalat yang langgar sliding door banyak kali sampai pengsan yang kemudiannya dimakan oleh semut..
kalau nak sesuatu yang luar biasa kita kena buat perkara luar biasa..
[kata2 pengetua SMK Kem Terendak]

Adios~

Wednesday, April 10, 2013

aq boleh jadi pendengar yang baik tapi...

assalamualaikum
salam 1 Malaysia


selama nie aq salah sebab ingat kau xde masalah rupa2nya aq yang xtau..
mungkin juga sebab kita x rapat dulu..
aq x reti kasi nasihat
tapi insya-Allah aq boleh jadi pendengar yang baik
maafkan aq kalau aq x keluarkan kata2 yang kau harapkan yang boleh melegakan hati kau
maafkan aq kalau aq mengeluarkan kata2 yang sama setiap kali kau ada masalah
aku bukan apa aq cuma x tau apa yang patut diucapkan
mungkin aq x mengalami apa yang kau alami menyebabkan aq ketiadaan kata2
aq juga takut kalau kata2 aq akan menerukkan lagi keadaan
kadang2 nasihat yang diberi bagus tapi diri sendiri x mengikuti nasihat yang katakan tu
nak kata aq nie cakap x serupa bikin? cakapla sebab ada kebenarannya..
aq bukannya nak menipu, aq x nak kau jadi macam aq yang terlalu lemah untuk melakukan perubahan, terlalu lemah dalam pelbagai aspek..
hangat2 tahi ayam jek..
walaubagaimanapun aq x paksa kau untuk luahkan kata hati kau dekat aq
carilah orang yang kau boleh percaya yang buat kau rasa selesa


ps : aq sebenarnya dah lama nak post [ceh..x la lama sangat minggu lepas sebenarnya to be exact on 3/4] tapi xde masa la..sibuk dengan sekolah, debat lagi..

Sunday, April 7, 2013

snek lewat malam

assalamualaikum


seriously guys aq baru buat benda alah nie tadi and it turned out quite good..
mula2 sapukan kaya pada 2 keping biskut lemak (diatas) dan sapukan sambal cili api pada salah satu biskut tu lepas tu letakkan kepingan yang lain diatasnya..[lebih kurang cam sandwich la]
wahahahaha..
entah kenapa aq boleh buat kerja gila pepagi buta nie tapi keputusan dia x la mengecewakan sangat well, x pada aq..
nanti aq nak cuba sapu sambal belacan pula la..
kekeke..

ps: antara korang faham atau x jek aq punya arahan/resepi..