Background

Tuesday, April 23, 2013

busy April

assalamuaikum

16/4 - Amiera
tanggal 16 bulan 4 merupakan tarikh Nur Amiera dilahirkan
sori sayang aq x dapat kasi hadiah..
bukan x nak kasi mungkin lambat sikit..
Mie, disebabkan kau dah tua jadi hentikanlah cubitan ketam kau tu..ia semakin hari semakin berbisa..hehe..
walaupun kita berlainan kelas tapi ketahuilah bahawa dirimu sentiasa ada dalam hati, jantung, buah pinggang dan turus vertebrata aq ini wahai sahabatku~
apa2 pun aq sentiasa doakan kau berjaya mencapai cita2 kau lebih2 lagi impian kau untuk berkahwin dengan askar [suka bebenor kamu ye dengan mat botak] dan semoga kau dapat 9A+++ dalam spm - go go Add Math!!

Debat & ALAM
bulan nie merupakan bulan yang sibuk bagi aq
I was so busy with debate..
nak siapkan teks untuk 3 tajuk yang menyebabkan aq ponteng [dengan alasan] kelas tambahan dan x masuk kelas dari pagi sampai petang selama dua hari [17 dan 18/4]..
aq juga x dapat pergi Kem Kursus Kepimpinan dekat ALAM
tsk..tsk...aq pun nak belajar berenang, berkayak..
dah la aq sorang jek yang x pergi
Eza, Iena, Aina, Miera, Jasmin, semua pergi..
bila diorang bercerita sesama diorang, aq rasa tersingkir
x faham aq dengan cerita diorang tapi yang pasti masing2 ada 'abang' [stress aq..hehe..jeles sebenarnya..]
bukan aq x korang bercerita cuma agak x faham sebab tiada penerangan yang terperinci tapi don't worry guys aq akan cuba sedaya upaya memahaminya..

untuk pertandingan debat, ia telah berlangsung 18/4 hari tu..
dan..sekolah kitorang x dapat masuk pusingan ke2 pun..
aq sebagai first speaker rasa bertanggungjawab diatas kekalahan kitorang
target nak masuk final tapi lain yang jadi..
teacher cakap its okay menyebabkan aq rasa lagi bersalah
dah la teacher banyak berkorban : balik lambat, belanja kitorang makan, hantar aq balik [rumah dah la jauh]
haih..apa boleh buat benda dah jadi..
aq harap tahun depan budak2 lelaki tu dapatla melunaskan harapan Teacher Aza..
good luck guys!!
dan terima kasih ku ucapkan kepada teacher diatas segala tunjuk ajar dan pengorbanan yang beliau lakukan untuk kami, budak Rahmat..
akan ku kenang jasamu wahai guruku!

Kursus Anjuran SMK Kem Terendak
sebenarnya aq x ingat apa nama program nie tu yang letak nama penganjur..
ia berlangsung pada 20 dan 21 April bertempat di d'Village Resort dan disertai oleh berbuah2 sekolah..
kat sana kitorang diajar teknik menjawab keempat2 subjek sains tulen yang membunuh..
satu subjek 4 jam..gila kot..tersengguk2 aq dibuatnya..
walaupun macam tu, aq dapat juga sesuatu biarpun tertidur2, bercakap masa add math sampai kena marah..[maafkan kami~]

aq juga telah berjumpa dengan Azani!!
kau tahu..Azani!!!!
sahabat aq yang pindah ke Melaka masa darjah 5 [hujung tahun] dan aq x pernah jumpa dia lagi..baru 20-21 hari tu aq dapat jumpa dia..
Zie dapat juga jumpa dia beberapa kali..hmm..Fatiha, aq x pasti..
sori beb..aq bukan lupakan kau cuma x pasti..hehe..sayang kamu~~
aq x perasan pun Azani ada..
masa nak pergi makan lepas habis slot pertama tiba2 ada orang pegang aq jerit 'Qila!' pastu kitorang dua2 menjerit..hehehe...
macam percaya kot tapi sayang hanya 2 hari..
hmm..kira okla daripada x jumpa..
Zan, aq harap kita akan jumpa lagi, borak2 macam dulu2..aq, kau, Zie, Fatiha..

kesimpulan yang aq dapat dalam program nie adalah :
jangan jadi macam lalat yang langgar sliding door banyak kali sampai pengsan yang kemudiannya dimakan oleh semut..
kalau nak sesuatu yang luar biasa kita kena buat perkara luar biasa..
[kata2 pengetua SMK Kem Terendak]

Adios~

No comments:

Post a Comment