Background

Saturday, November 30, 2013

School is over

Assalamualaikum..
Akhirnya penderitaan aq tamat!! Yahoo~ [walaupun dah habis lama]
Malas dah nak fikir pasal spm..tunggu bulan 3 nanti...

Okey, sekarang aq nak cerita pasal kehidupan aq selepas sekolah
I'm currently working at Mc D Kepong
Serius cakap aq gila punya nervous nak kerja kot..asal nak pergi kerja jek tangan aq sejuk..[wa cakap lu]
Lepas seminggu lebih baru aq ok..tup tup along aq cuti..dah kena pergi kerja sorang2..nervous datang balik..[adoyai..]
Sekarang aq betul2 ok..alhamdulillah..
Disebabkan aq orang baru dan aq x kenal sesiapa pun selain along, semua orang aq panggil akak abang..dulu aq kumain liat nak panggil orang abang sekarang siapa jek yang aq x panggil abang...budak2 sebaya, bawah aq x la aq panggil abang..[gilakah..]

Dan entah camne aq boleh tersangkut dengan salah sorang mamat dekat sana pun x tau la...
I don't want to brag about him a lot because most of blogs I read the one that always brag about theirs when they broke up, they would delete all the articles of oh-my-handsome-angle-like Mr Perfect...[duhh..] lepas tu buat cerita sedih then jumpa orang baru start to brag again and it would go all the way around..again and again..and again...[lantak korang la..blog korang hidup korang]
Lagipun aq kenal dia baru sebulan jadi kita pergi perlahan-lahan

Oh ya..aq nak cerita pasal date aq dengan sayang2 aq..
Kitorang pergi Melaka..huhu
Makan, tengok wayang cerita Penanggal, beli buku, buat cincin, makan, balik...
Ada la sikit kesulitan tapi overall memang best!!
Snap banyak gila gambar..pakai phone Jasmin..hehe
Time balik..aq tangkap sendu..mana xnya hari ni keluar esok aq pergi DD...
Meleleh aq..sedih bila fikir aq yang datang dekat diorang masa tingkatan 1 dan aq juga yang tinggalkan diorang lepas habis spm..

Friday, April 26, 2013

Tiny Bit of Me #6

aq x tau apa bakat aq..aq x reti menari, melukis, suara x sedap..
apakah bakat aq?? anyone?

Tuesday, April 23, 2013

busy April

assalamuaikum

16/4 - Amiera
tanggal 16 bulan 4 merupakan tarikh Nur Amiera dilahirkan
sori sayang aq x dapat kasi hadiah..
bukan x nak kasi mungkin lambat sikit..
Mie, disebabkan kau dah tua jadi hentikanlah cubitan ketam kau tu..ia semakin hari semakin berbisa..hehe..
walaupun kita berlainan kelas tapi ketahuilah bahawa dirimu sentiasa ada dalam hati, jantung, buah pinggang dan turus vertebrata aq ini wahai sahabatku~
apa2 pun aq sentiasa doakan kau berjaya mencapai cita2 kau lebih2 lagi impian kau untuk berkahwin dengan askar [suka bebenor kamu ye dengan mat botak] dan semoga kau dapat 9A+++ dalam spm - go go Add Math!!

Debat & ALAM
bulan nie merupakan bulan yang sibuk bagi aq
I was so busy with debate..
nak siapkan teks untuk 3 tajuk yang menyebabkan aq ponteng [dengan alasan] kelas tambahan dan x masuk kelas dari pagi sampai petang selama dua hari [17 dan 18/4]..
aq juga x dapat pergi Kem Kursus Kepimpinan dekat ALAM
tsk..tsk...aq pun nak belajar berenang, berkayak..
dah la aq sorang jek yang x pergi
Eza, Iena, Aina, Miera, Jasmin, semua pergi..
bila diorang bercerita sesama diorang, aq rasa tersingkir
x faham aq dengan cerita diorang tapi yang pasti masing2 ada 'abang' [stress aq..hehe..jeles sebenarnya..]
bukan aq x korang bercerita cuma agak x faham sebab tiada penerangan yang terperinci tapi don't worry guys aq akan cuba sedaya upaya memahaminya..

untuk pertandingan debat, ia telah berlangsung 18/4 hari tu..
dan..sekolah kitorang x dapat masuk pusingan ke2 pun..
aq sebagai first speaker rasa bertanggungjawab diatas kekalahan kitorang
target nak masuk final tapi lain yang jadi..
teacher cakap its okay menyebabkan aq rasa lagi bersalah
dah la teacher banyak berkorban : balik lambat, belanja kitorang makan, hantar aq balik [rumah dah la jauh]
haih..apa boleh buat benda dah jadi..
aq harap tahun depan budak2 lelaki tu dapatla melunaskan harapan Teacher Aza..
good luck guys!!
dan terima kasih ku ucapkan kepada teacher diatas segala tunjuk ajar dan pengorbanan yang beliau lakukan untuk kami, budak Rahmat..
akan ku kenang jasamu wahai guruku!

Kursus Anjuran SMK Kem Terendak
sebenarnya aq x ingat apa nama program nie tu yang letak nama penganjur..
ia berlangsung pada 20 dan 21 April bertempat di d'Village Resort dan disertai oleh berbuah2 sekolah..
kat sana kitorang diajar teknik menjawab keempat2 subjek sains tulen yang membunuh..
satu subjek 4 jam..gila kot..tersengguk2 aq dibuatnya..
walaupun macam tu, aq dapat juga sesuatu biarpun tertidur2, bercakap masa add math sampai kena marah..[maafkan kami~]

aq juga telah berjumpa dengan Azani!!
kau tahu..Azani!!!!
sahabat aq yang pindah ke Melaka masa darjah 5 [hujung tahun] dan aq x pernah jumpa dia lagi..baru 20-21 hari tu aq dapat jumpa dia..
Zie dapat juga jumpa dia beberapa kali..hmm..Fatiha, aq x pasti..
sori beb..aq bukan lupakan kau cuma x pasti..hehe..sayang kamu~~
aq x perasan pun Azani ada..
masa nak pergi makan lepas habis slot pertama tiba2 ada orang pegang aq jerit 'Qila!' pastu kitorang dua2 menjerit..hehehe...
macam percaya kot tapi sayang hanya 2 hari..
hmm..kira okla daripada x jumpa..
Zan, aq harap kita akan jumpa lagi, borak2 macam dulu2..aq, kau, Zie, Fatiha..

kesimpulan yang aq dapat dalam program nie adalah :
jangan jadi macam lalat yang langgar sliding door banyak kali sampai pengsan yang kemudiannya dimakan oleh semut..
kalau nak sesuatu yang luar biasa kita kena buat perkara luar biasa..
[kata2 pengetua SMK Kem Terendak]

Adios~

Wednesday, April 10, 2013

aq boleh jadi pendengar yang baik tapi...

assalamualaikum
salam 1 Malaysia


selama nie aq salah sebab ingat kau xde masalah rupa2nya aq yang xtau..
mungkin juga sebab kita x rapat dulu..
aq x reti kasi nasihat
tapi insya-Allah aq boleh jadi pendengar yang baik
maafkan aq kalau aq x keluarkan kata2 yang kau harapkan yang boleh melegakan hati kau
maafkan aq kalau aq mengeluarkan kata2 yang sama setiap kali kau ada masalah
aku bukan apa aq cuma x tau apa yang patut diucapkan
mungkin aq x mengalami apa yang kau alami menyebabkan aq ketiadaan kata2
aq juga takut kalau kata2 aq akan menerukkan lagi keadaan
kadang2 nasihat yang diberi bagus tapi diri sendiri x mengikuti nasihat yang katakan tu
nak kata aq nie cakap x serupa bikin? cakapla sebab ada kebenarannya..
aq bukannya nak menipu, aq x nak kau jadi macam aq yang terlalu lemah untuk melakukan perubahan, terlalu lemah dalam pelbagai aspek..
hangat2 tahi ayam jek..
walaubagaimanapun aq x paksa kau untuk luahkan kata hati kau dekat aq
carilah orang yang kau boleh percaya yang buat kau rasa selesa


ps : aq sebenarnya dah lama nak post [ceh..x la lama sangat minggu lepas sebenarnya to be exact on 3/4] tapi xde masa la..sibuk dengan sekolah, debat lagi..

Sunday, April 7, 2013

snek lewat malam

assalamualaikum


seriously guys aq baru buat benda alah nie tadi and it turned out quite good..
mula2 sapukan kaya pada 2 keping biskut lemak (diatas) dan sapukan sambal cili api pada salah satu biskut tu lepas tu letakkan kepingan yang lain diatasnya..[lebih kurang cam sandwich la]
wahahahaha..
entah kenapa aq boleh buat kerja gila pepagi buta nie tapi keputusan dia x la mengecewakan sangat well, x pada aq..
nanti aq nak cuba sapu sambal belacan pula la..
kekeke..

ps: antara korang faham atau x jek aq punya arahan/resepi..

Saturday, March 30, 2013

tahun nie makin teruk!!

assalamualaikum
salam 1 Malaysia


seperti yang korang semua tahu, tahun nie aq spm dan sepatutnya aq sudah pun mula belajar macam nak gila [to be exact it should be done since last year] tapi mengapa dan kenapa aq masih terlampau relaks?!!!
cuti tamat tapi kerja sekolah masih berlambak and you know what, there are homework from February!
this is insane dude!
minggu lepas ada ujian
seperti yang korang semua tahu, tahun nie aq spm dan sepatutnya aq sudah pun mula belajar macam nak gila [to be exact it should be done since last year] tapi mengapa dan kenapa aq masih terlampau relaks?!!!
cuti tamat tapi kerja sekolah masih berlambak and you know what, there are homework from February!
this is insane dude!
minggu lepas ada ujian dan ia merupakan ujian yang paling teruk yang pernah aq hadapi..
i already promised to ibu that i will try my best to get straight As tapi kalau macam nilah perangai, bukan bayang A jek bau dia pun xde de...
entah la kenapa dengan aq nie..

Tuesday, March 12, 2013

got a lot to say

assalamualaikum
salam 1 Malaysia


mugkin ada yang tertanya2 kemana cik citcotz nie menghilang nak dekat sebulan..[agaga..]
kalau betul la ada, terima kasih dan maaf sesangat..
terima kasih sebab menyedarkan aq yang aq nie x syok sendiri..
kalau xde..hmm...x kisah pun! bluekk! :p
macam2 jadi dan aq x tau macam mana nak cerita ada juga yang aq ingat2 lupa menyebabkan aq rasa menyesal gila x abadikan dekat sini..[ayat memang x boleh blah]
xpe2..chill~ we go step by step so let's go backward

semalam sekolah saya cuti dan hari ini saya cuti~ [faham x?]
semalam aq pi amik lesen aq...wahaha..aq dah dapat lesen P setelah buat praujian 2 kali dan jpj 2 kali juga...
bersyukur sangat2 sebab lulus..walaupun 45 hinggit aq terbakar..tsk..tsk..
lepas tu pi tengok motor..hmm...terus malap semangat aq..
ibu macam nak x nak jek dan aq pun xnak la paksa...
haih..entah bila la aq dapat..
ececeh..frust terlebih lak aq nie..

selama 2 hari 3 malam aq telah ber'camping' kat sekolah..
program nie dah 2 tahun xde tapi tiba2 ada lak tahun nie...
aq pun join la dengan rela dalam terpaksa..
and it turn out to be the most stressful and annoying camp i ever enter!!
dengan peraturan yang terlampau ketat, kena berada dalam barisan unit beruniform masing2 sebelum pergi mana2 dan kalau nak bergerak kena berkawad la..
dengan perangai budak2 krs yang kebanyakannya memanaskan hati, perangai budak2 unit lain...[rasanya x perlula aq ceritakan kat sini]
dan yang x seronok sekali adalah apabila aq x dapat mandi sepanjang program tu, aq hanya dapat basuh muka, berus gigi, tukar baju, pakai ubat ketiak tu jek...kumain masam lagi badan aq..jangan salahkan aq sebab masa mandi yang diberi hanya satu jam untuk 278 orang murid [lelaki + perempuan] mana la cukup!!
dan cikgu a.k.a ketua kem komandor a.k.a Tuan juga yang cakap yang kitorang datang camping nie bukan untuk mandi semata-mata..well, you're the boss..
yang agak menyeronokkan hanyalah masa malam kebudayaan sebab kitorang berjaya membuat orang ketawa dengan melodrama kitorang yang dihasilkan dalam keadaan yang agak tegang dan latihan last minute...dan tanpa disangka kitorang dapat no 3!! [gila la...]
lagi satu masa kitorang dinobatkan sebagai johan pertandingan kawad kaki NGO..
entah camne boleh menang pun xtau la sebab kitorang teramatla berterabur tapi papepun Alhamdulillah..
oh ya..Miera menangis bila kitorang diumum sebagai johan...terkejut dan gembira..hehe..
sampai2 jek kat rumah aq terus terjah bilik air..lama kot aq mandi..

sebenarnya banyak lagi nak diceritakan tapi muzik dari ibu sudah berkumandang jadi sampai sini sahaja la..
adios~

Friday, February 15, 2013

Tiny Bit of Me

kalau malas, malas sesangat dan kalau rajin, rajin sungguh..

Tuesday, February 12, 2013

masak dalam gelap

assalamualaikum..
salam 1 Malaysia~


mungkin korang fikir ia merupakan suatu pengalaman yang baru-menarik tapi x bagi aq..
nak dijadikan cerita semalam aq baru mendapat semangat untuk buat kerja sekolah [setelah dipaksa oleh ibu -,-] tapi line internet baik punya so aq pun telah terpesong sampai pukul 2 lebih..[ehehe..]
pukul 3.40, aq berhenti ingat nak kejut ibu tapi aq yang terkejut bila tengok lampu dapur terpadam...
yang x best tu..aq kena panjat bangku yang diletakkan diatas kerusi yang diletakkan diatas meja separas lutut aq yang sememangnya pendek nie..
[rumah aq xde benda alah nie tu yang pakai manual..]

nak menangis aq dibuatnya..!
aq dah la gayat pastu ibu asyik marah2 suruh cepat panjat...
bukan sekali mahupun dua kali tapi banyak kali..
dan usaha2 aq semuanya sia2 sebab lampu tetap x menyala juga so endingnya kitorang masak dalam gelap dengan bertemankan sebuah lampu suluh kecil molek jek...
sungguh menyedihkan...

Thursday, January 31, 2013

aq dan makmal kimia..

Assalamualaikum~
Salam 1 Malaysia <3


ini kisah 29/1-hari Selasa dan minggu lepas punya cerita..
minggu lepas kitorang buat eksperimen yang pertama untuk tahun nie pasal kesan saiz bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas [cewah, siap tajuk..] dan entah kenapa aq berasa riang semacam..
seperti orang kata kalau terlalu gembira mungkin akan mendatangkan kecelakaan..dan itulah yang terjadi..
tatkala kitorang [my gang] menjalankan eksperimen, kitorang berbual-melawak-ketawa seperti biasa..
entah apa yang lawak sangat tapi yang pasti ia menyebabkan aq gelak bagai nak gila dan masa tulah aq [punya tudung] terlanggar measuring cylinder yang kosong [membawa maksud ia ringan] lalu jatuh berderailah ia diatas meja..
masa tu juga kitorang semua terdiam lagi2 aq..
x pernah2 aq memecahkan/merosakkan apa2 barang makmal sepanjang aq hidup..
gilalah..
ketika itu aq telah redha dengan apa jua tindakan Cikgu Zihan dekat aq apa jua kosnya..
tapi nasib baik cikgu suruh tulis nama jek dekat buku report khas untuk barang yang dah dirosakkan..
xpayah nak bayar apa2..fuhh!! selamat duit aq..kuikuikui~

hari Selasa pun kitorang buat eksperimen..
pada mulanya aq memang xde hati nak buat tapi lepas beberapa belasan minit [cewah..] aq pun join juga..
aq tolong Jasmin ukur asid sulfurik, dia nak 5cm dan entah macammana asid tu boleh terpecik dekat mulut [bibir] aq pun aq x tau..
walaupun asid x pekat cuma 1 mol jek tapi pedih kot!!
2-3 kali aq basuh mulut aq yang comei nie..
nasib baik xde apa2 kesan..
lepas dah aq pun dengan riangnya kemaslah balik barang2 yang kitorang guna dan disitulah berlakunya kecelakaan yang ke3..
aq seriously terlupa yang tungku kaki tiga tu panas dan apabila aq nak angkat dia, aq pergi pegang dekat tempat yang menjadi sasaran nyalaan api [erm..kalau kat dapur,lebih kurang macam besi yang menjadi pengalas bontot kuali atas dapur gas tu]..
pergh!!! sepantas kilat aq tarik tangan aq terus lari pergi dekat paip..
nak menitis air mata aq..betapa pedihnya aq...
dalam sakit2 tu sempat lak Si Jasmin buat lawak..
kira bertuah jugalah aq sebab aq pegang benda alah dengan 2 jari jek [telunjuk dan ibu jari] cuba kalau aq pegang dengan kelima2 jari, mahu aq meraung dalam makmal tu..
sampai ke malam baru aq boleh guna balik tangan kanan aq kalau x, x dapatlah aq buat kerja sekolah yang berlambak2 tu...

aq rasa sedikit fobia nak buat apa2 eksperimen kimia lagi tapi kalau x buat apa2 karang kena cop pelajar x aktif..habis markah kimia aq dah la markah periksa memang selalunya x cukup makan...
kita tengokla nanti ada x 'aq dan makmal kimia 2.0..
stay tune~

adios..

Friday, January 25, 2013

Tiny Bit of Me #3

aq x suka sungguh dengan benda2 [makananla] yang pahit..

Assalamualaikum!! salam 1 Malaysia..
sebenarnya entry nie ada dua sebab entry yang bawah nie sepatutnya aq post 22 aritu..
walauapapun selamat menyambut maulidur rasul..
semalam adalah salah satu hari yang amat bersejarah untuk umat Islam..
12 Rabiulawal merupakan hari lahir junjungan Nabi Muhammad SAW..
apa korang ingat korang jek yang sambut hari lahir?
Nabi pun manusia biasa juga tapi cara kita sambut lain la..
xdenya nak nyanyi lagu, tiup lilin, makan kek, buka hadiah..
banyak2kanla selawat, buat sesuatu tu biarla mengikut sunnah..
ya, aq bukan alim sangat..ada jek mencarut, mengumpat, menipu dan melawan tapi x salah rasanya kalau kita mengingatkan orang sambil mengingatkan diri sendiri...
aq bukannya nak kasi tazkirah kat sini [memang x layak pun] cuma nak sampaikan salam maulidur rasul~
dan kat bawah nie adalah entry lain yang dibuat pada hari yang lain..


Selamat-selamat hari-hari lahir~

cekom everybody~ selamat pagi petang siang mahupun malam..
dalam bulan Januari ini telah terjadinya hari lahir dua orang yang aq sayang iaitu ibuku bukan ibumu dan sahabatku bukan sahabatmu..

okey memula haruslah aq ceritakan tentang ibu dulu kan..
pada tahun ini pada 21 Jan, Puan Latifah kita nie telah mencapai umur 48 tahun..
disebabkan aq x keluar memana jadi tahun nie xde hadiah tapi aq telah 'membuat' kek..
hehehe...
ye..memang aq telah 'membuat' kek dengan mencantumkan apollo dengan menggunakan coki2..
kreatifkan aq..?
nasib baik ibu suka kalau x sia2 jek..

ucapan untuk ibu :

selamat hari lahir~
orang minta maaf sebab tahun nie xde hadiah untuk ibu..
terima kasih diatas segala2nya..x mungkin orang dapat balas apa yang ibu dah buat untuk orang..
maafkan orang sebab bersikap kasar dengan ibu..
doakan orang dapat kerja bagus2 jadi nanti bolehlah bawa ibu pi melancong..
ahaks...
last but not least, I LOVE YOU!!

ibu yang tengah2 tu jangan salah lak..

pada 15/1 pula merupakan birthday memberku yang comel lote...
Cik Azlina Bt Abu Bakar yang senang sungguh perasan dan suka bebenor bercakap mahupun bernyanyi..
walaupun dia sone dan aq blackjack tapi kitorang x pernah gaduh pasal kpop2 nie..[ala..biasala minat masing2]
aq kenal dia x la selama member2ku yang lain kenal dia dan sesama mereka sebab aq pindah Melaka masa ting. 1 tapi memang seronok kenal diorang..macam2 diorang ajar aq negatif ke positif ke diorang memang da best la..!!
wahai Iena, sori la lambat buat entry nie..
aq sentiasa doakan kau dan apa jua cita2 kau akan tercapai..x kira la kau nak jadi model ke pramugari ke [walau aq selalu mengutuknya]...
kurangkanla bermain dan lebihkan belajar..kita nak spm dah..[ceh! cakap orang jek lebih..]
simpanla kad tu elok2 sebab itulah kad pertama yang aq buat dengan penuh bersusah payah...
sayang Iena~

ini jek yang aq mampu letak kerna minah
nie sememangnya gila kamera..

adios for now~

Friday, January 18, 2013

Tiny Bit of Me #2

aq sangat-sangat la x aktif kat mana-mana laman sosial yang korang dok gilakan tu..

Friday, January 11, 2013

Tiny Bit #1

ku suka buat kerja pada minit2 terakhir..

minggu kedua dalam 2013


cekom...selamat pagi/petang/siang/malam..
aq ingat nak update blog hari kedua bulan satu tapi x sangka awal2 persekolahan dah sibuk..almaklumla dah berada di tahun akhir persekolahan..kan..[sebenarnya x sesibuk mana pun tapi aq yang dia jadi macam tu]
macam2 aq nak cerita, nak kongsi but first thing first..
pasal entri baru yang aq nak buat..
aq dapat idea nak buat bila aq tengok ramai blogger yang buat entri 'wordless wednesday' dimana entri tu hanya terkandung gambar [nama pun wordless..] n yang aq nak buat ni bukannya wordless sebab akan perkataan tapi x banyak macam selalu..
aq akan memberitahu serba sedikit pasal diri aq dalam mungkin hanya sebaris ayat..
korang x nak tahu pasal aq? xpe..x payahla baca aq x kisah pun [macam ada jek orang baca blog kau yang sekangkang kera ni Qila oi..]
aq akan buat pada hari Jumaat malam Sabtu..macam harini..
sebab aq buat entri tersebut adalah untuk memastikan aq buka blog ni walau hanya seminggu sekali walau hanya sebaris ayat..dan nama entri tersebut adalah Tiny Bit..

beralih pula pada kehidupan persekolahan..
hari pertama xde benda yang kurang baik berlaku kecuali pasal baju aq kena sambal..
siot kut..pagi hari pertama sekolah pula tu! [sakit jiwa aq]
dan pada hari tu kitorang dah mula belajar..fizik dengan kimia..
hari pun berjalan seperti biasa..

ketua kelas : Jasmin Suraya
penolong : Nor Ezaniza
bendahari : Nur Azlina
penolong bendahari : Nurul Syahidah
ketua kebersihan : Intan Suhaila
ketua keceriaan : Aina Nornidya

[xde undian dibuat]

Iena main letak jek nama orang pastu lantik diri sendiri..x tahu malu sungguh anda, Cik Azlina..
haha..
xde benda yang luar biasa berlaku pun..
buat lawak bodoh, kebosanan, x faham apa yang diajar, berborak bagai nak rak dengan geng, luahan hati yang x puas...
walaupun banyak jek benda aq nak cerita tapi x tahu macam mana nak letak dalam penulisan dan aq dah lupa apa yang nak diceritakan..

adios~